Home

Friday, February 24, 2012

Renungan

Salam Cintaku...
Selamat Pagi Jumaat...jangan lupa berkat Jumaat.
Sempena hari Jumaat ini, Mizzonie masukkan entri ini. Untuk diri sendiri dan semua.InsyaAllah...

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini. Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

-Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk

-Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia

-Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan

-Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga

-Jangan menyebut-nyebut dan menampakkan keburukan atau keaiban diri orang lain.



Segalanya Abadi Di Sini...

Wednesday, February 22, 2012

kehidupan

Salam Cintaku...
Selamat Datang Cinta
Lihatlah Pada Siang Ini
Kerana Itulah Kehidupan, Hidupnya Kehidupan
Pada Masa Singkat Itulah
Kau Menemui Berbagai Hakikat Keberadaanmu.
Itulah Saat Meraih Nikmat
Saat Meraih Cahaya Kemenangan
Kerana Kelmarin Hanya Tinggal Mimpi
Sedang Esok Hanyalah Fantasi
Tetapi Hari Yang Sedang Ku Jalani Sekarang Ini
Akan Menjadi Kelmarin
Sebuah Mimpi Yang Indah
Dan Esok Adalah Wujudnya Harapan
Mengalir lagi Airmataku

Segalanya Abadi Di Sini...

Wednesday, February 15, 2012

Kesedihan Melanda

Salam Cintaku...
Terkadang kesedihan melanda mengenangkan sesuatu. Ia datang secara tiba-tiba, air mata ini akan mengalir dengan sendirinya. Bagaimana untuk aku berselindung di sebalik semua ini? 'kepura-puraan'? sudah menjadi kebiasaan diriku, itu kenyataannya. Harus hipokrit pada diri sendiri ? Hanya aku yang tahu. 'Kalau tak pandai menipu, jangan menipu' kata-kata ni sering aku dengari suatu ketika dahulu.



Kadangku kuat, kadangku lemah, kadangku rapuh. Seteduh cintaku bertemankan kasih dan sayang kini gugur di hujung waktu. Mungkin benar apa dikata ' Biar waktu menjadi pengubat segalanya'. Setiap kata-kata memang mudah untuk dilafazkan, hanya yang mengalami lebih mengetahui dan merasai. Berakhirkah garis percintaan ini?, mungkin ini dugaanmu Tuhan dalam kehidupanku. Semoga dipertabahkan hatiku.





Segalanya Abadi Di Sini...                                                           

Monday, February 13, 2012

Rindu Kamu

Nur Rizqeen Damia a.k.a Kakak Mia (kanan)
Nur Rizqeen Darwisha a.k.a Chacha (kiri)

Salam Cintaku...
Rindu pada mereka berdua ni, dah lama tak tengok dorang. Selalu hujung minggu, ada je aktiviti ngan dorang ni. Kesian dorang ni, Baba (ayah) dorang dah g jauh, lagi jauh dari sebelum-sebelum ni. Sebelum ni kat Petronas Melaka, sekarang Baba dorang kat Arab Saudi, kena kerja kat sana. Makin jauh la nampaknya, kat sape lagi nak manja-manja kalau bukan kat Auntie die yang comel ni (perasan) hehehe. Dorang ini adalah anak buah kesayangan Mizzonie.
Apa khabar la dorang ni erk??. Auntie rinduuuuuuuuu kamu....mmmuuuaaaahhhhhh.....

Segalanya Abadi Di Sini...

Saturday, February 11, 2012

Penantian Cinta


Penantian yang bagaimana di maksudkan? Adakah penantian ini yang akhirnya membawa kebahagian atau sebaliknya? Penantian itu satu penyeksaan. Cinta itu wujud di setiap jiwa insan. Cinta...datangnya tidak diundang, pergi tidak merelakan.

Segalanya Abadi Di Sini...


Friday, February 10, 2012

kuku

Salam Cinta Mizzonie
Selamat Hari Jumaat
Ape yang kuku ni? nak cerita mengenai memotong kuku. Selalunya bila hari Jumaat je, Mizzonie mesti teringat potong kuku seseorang sebelum waktu solat jumaat. Kira manja yang tak nampak la, hehehe tapi risau juga takut terpotong isi kuku, janji jangan potong terlalu pendek sangat nnt dia x selesa. Bila nk potong kuku mesti teringat, hari ini nk kongsi mengenai memotong kuku, kebetulan hari Jumaat.

Tatacara Memotong Kuku Tangan:

*  Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri.
*  Menurut Imam Al-Nawawi, sunat memotong bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari.




Tatacara Memotong Kuku Kaki:
* Memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
* Bermula kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari.
* Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking 


Waktu Memotong Kuku: 
* Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tertakluk pada panjang kuku.
* Bila-bila masa - jangan biar kuku tidak dipotong melebihi 40 hari
* Waktu sunat - sebelum solat Jumaat


Segalanya Abadi Di Sini...









Thursday, February 9, 2012

Senyuman


Senyuman tiada harga tetapi memberi makna
Senyuman mengkayakan penerima tetapi tidak memiskinkan pemberi


Tiada sesiapa yang berkuasa di hati orang lain dengan memerintah dunia tanpa senyuman.
Tiada siapa yang miskin sehingga tak mampu memberi senyuman.
Tiada siapa yang kaya sehingga tak menjadi lebih kaya dengan senyuman.


Senyuman membawa hubungan baik ke dalam ke dalam dan ke arah perhubungan sesama manusia.
 Senyuman memberi kepuasan dan kesegaran kepada semua orang yang di dalam keletihan.
Senyuman adalah suatu semangat kepada pihak pengurusan.
Senyuman adalah ubat semulajadi bagi meredakan masalah dan kesulitan.


Kesimpulannya


- Senyuman tidak boleh dibeli, dirayu, dipinjam atau dicuri
- Senyuman tiada mempunyai harga sehingga diberi
- Berilah senyuman anda secara jujur, anda akan berasa gembira walau tidak segembira mana.




Segalanya Abadi Di Sini...





lelaki tidur lewat tidak aktif


Satu kajian yang pernah diadakan menunjukkan bahawa 63% responden lelaki yang terlibat tidur selepas jam 12.00 tengah malam.
Dari peratusan itu, 55% daripadanya sentiasa merasa letih sepanjang masa. Ini menurunkan kadar produktiviti mereka kerana mereka cenderung untuk sentiasa lesu dan menjadi tidak aktif.


Jika anda sudah menguap lebih daripada 3 kali (secara bertutur-turut), bermakna anda sudah mengantuk. Tubuh juga kelesuan. Sama ada anda tidur seketika atau anda juga boleh makan manisan seperti coklat atau aiskrim. Rasa mengantuk ini tidak semestinya waktu malam, bila rasa mengantuk memang rasa nak tidur la kan? Kalu Mizzonie dah menguap banyak kali tu tak mengaku lagi dah mengantuk, coz nak jaga hati..hehe..



Segalanya Abadi Di Sini...

Wednesday, February 8, 2012

cinta


Di kalangan kita atau sesiapa sahaja tidak lari dari mengalami dan mempunyai pengalaman bercinta. Kita semua ingin dicintai dan mencintai. Cinta membawa kepada perasaan kasih sayang yang wujud antara lelaki dan wanita. Cinta tidak boleh dipaksa kerana ia pasti sukar dibentuk menjadi cinta sejati. Cinta sesama manusia tidak akan kekal abadi. Cinta yang kekal hanyalah kepada penciptanya. Manusia memerlukan cinta bagi perkongsian perasaan antara satu sama lain. Cinta sejati membuat seseorang itu tidak boleh berpisah dengan pasangannya. Jalani kehidupan dengan mempunyai cinta yang kekal hingga akhir hayat.



Segalanya Abadi Di Sini...

Tuesday, February 7, 2012

Layakkah Diri ini?

Salam Cinta Mizzonie
Masih boleh lagikah untuk ku mengucapkan? walaupun tidak disisi? Aku tidak mengharapkan aku adalah orang pertama yang mengucapkannya dan harap aku bukanlah orang terakhir yang mengucapkannya. Selamat Hari Lahir, tahun ini adalah tahun yang berbeza dari tahun sebelum ini. Aku tidak mampu untuk memberi kejutan seperti dulu, gimik 'hp tertinggal', sepotong kek yang tidak seberapa masih segar di fikiranku. Sekarang?? apa yang mampu aku lakukan?? hanya doa dari jauh ku pohonkan untuk kebahagiaanmu. Ku sentiasa mendoakan kamu. Sila jaga dirimu...


Happy Birthday to You...

Kenanganku...

Tiada apa yang mampu ku berikan, hanya ucapan dari jauh untukmu...


Segalanya Abadi Di Sini...

Monday, February 6, 2012

Merentas Desa Part 3

Tiba la harinya, Hari Merentas Desa yang tak berapa nak merentas desa..hehe...Mizzonie dan rakan2 tak berapa nak lari cuma jalan je. Jauh juga la nak merentasi, lebih kurang 10 km untuk kategori Junior ada 4 checkpoint. 
Bersiap sedia untuk merentas desa..hehehe



 Di hadapan kediaman kami..
 Sempat lagi bergambar ni...

 Ada juga yang terselit ni, sape ntah...


 Dorang ni pun nak bergambar juga...sibuk je...

 Nasib baik terserempak ngan mat zakir dan faizal..ada teman nak jalan



 Akhirnya Mizzonie dapat juga menamatkan larian yang tak berapa nak lari, walaupun dapat nombor 26...hadiah sampai nombor 25 je, ckit je lagi..hehehe, dah la jalan sorang2...mencabar sangat tapi tak pe janji dapat tamatkan. Alhamdulillah.


Mizzonie tersangat2 la penat dan kaki pun cam nak tercabut, badan pun sakit-sakit tapi happy.

Segalanya Abadi Di Sini...

Sunday, February 5, 2012

Merentas Desa Part 2

Merentas Desa Part 2
Pada malam ketibaan kami, kami mengadakan BBQ, sesi bakar membakar di adakan di tepi sungai berdekatan dengan kediaman kami. 




          













Saturday, February 4, 2012

melawan kesepian



Kesepian yang menyelubungi diri
Hanya aku yang tahu...


Segalanya Abadi Di Sini...

Wednesday, February 1, 2012

Ada apa dengan bulan februari?


Salam Cinta Mizzonie
Bulan kedua dalam kalendar semestinya bulan Februari kan? Pejam celik dah masuk bulan Februari dah, cepat masa berlalu.
Ada apa dengan bulan Februari? Orang sering kaitkan Februari dengan bulan cinta, sebab Hari Valentine jatuh pada bulan Februari. Tapi tak semestinya, bulan-bulan lain pun bulan cinta juga, bila-bila pun boleh. 


Bagi Mizzonie bulan Februari ini banyak sangat peristiwa Mizzonie. Antaranya, Mizzonie dilahirkan pada bulan Februari tau iaitu pada 28 haribulan, nasib baik tak 29 haribulan kalau tak, kena sambut besday 4 tahun sekali. Tapi bagus gak, umur pun kena kira 4 tahun sekali la erk??hehehe..Februari juga hari lahir seseorang, Mizzonie tak akan pernah lupa cuma tak dapat bersama seperti dahulu. Sekuntum mawar merah, tak akan pernah aku lupakan. Terima Kasih Cinta. Banyak sangat kenangan di bulan Februari ni, tahun ni berbeza sangat tak tahu macamana nak hadapi, tapi kena tempuh juga. InsyaAllah...



Segalanya Abadi Di Sini...