Home

Saturday, March 31, 2012

Selamat Ulang Tahun . . . . .

Salam Cinta
Hari ini adalah hari yang bermakna buatku...Tarikh istimewa dalam hidupku.
Aku tidak pernah lupa, ia sentiasa berada di sini.
Bagaimana untuk aku melalui segalanya setiap kali mengenang segala kenangan, air mata ini sentiasa mengalir.
Cuba untuk berselindung tetapi aku rebah juga disebalik segala kepura-puraan.

Kadangkala aku senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala aku ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri
Adakalanya aku melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah,
Bila menangis tidak siapa yg tahu, semuanya demi maruah diri,
Hanya aku yang tahu, jeritan batinku...
Ya Allah, beri aku kekuatan dalam menjalani semua ini...

Terkadang terngiyang2 di telinga suaranya, kata2nya, ayat2nya...
Kata-kata cinta....
Kata-kata sayang...
Kata-kata rindu...
" I sayang U je tau " masih segar diingatan...
" Uiitttt.... " mesej pertama 31 Mac 2010 
" Nak kita bank in kan? " kerana ini lah, kami bermula...


Selamat Ulang Tahun . . . . . 
Mawar yang sentiasa dalam simpanan dan ingatan




Segalanya Abadi Di Sini




Monday, March 26, 2012

Tabiat

Salam Cinta
Tabiat yang Mizzonie nak ceritakan ni ialah tabiat sebelum tido. Tak sangka pulak anak buah Mizzonie mewarisi daripada Mizzonie, hehehe...Gambar ni diambil masa die umur 3 tahun rasanya, sekarang Mia ni dah 6 tahun, time tu Mizzonie perasan yang dia ada persamaan dengan Mizzonie..
Nak tahu tabiat ape??



Tabiat dia adalah main pintal2 rambut sebelum tido...hehehe...
Sama cam Mizzonie juga kalau nak tidur cepat main rambut, confirm tido cepat..hehehe
Ini la persamaan tabiat kami. Agak2 orang lain ada tak tabiat cam kami???


Segalanya Abadi Di Sini...