Selamat Pagi Cinta
Selamat Hari Jumaat
Pagi ini nak berkongsi mengenai waktu-waktu yang dianjurkan untuk berdoa. Mudahan-mudahan doa kita diterima Allah SWT, InsyaAllah dengan izinNya.
Berzikir dan berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tetapi terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri, antaranya ialah:
- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
- Tiap-tiap kali selepas solat fardhu lima waktu.
- Antara solat Zuhur dan Asar dan Maghrib.
- Di antara azan dan iqamat dan selepasnya.
- Ketika bangun tidur.
- Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- Di antara takbir-takbir solat hari raya.
- Dalam khutbah Jumaat dan hari raya dan dalam khutbah nikah.
- Ketika menziarahi Makam Rasulullah SAW di Masjid Madinah.
- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
- Ketika membaca qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
- Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
- Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan resah gelisah.
- Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.
- Ketika hujan turun.
- Ketika hujan memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
- Sepanjang malam, terutamanya sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.
Segalanya Abadi Di Sini...
No comments:
Post a Comment