Cara untuk memaafkan
Tidak rugi untuk anda memaafkan seseorang itu kerana cara ini banyak memberi manfaat kesihatan pada diri. Bukan sahaja meningkatkan imunisasi, menurunkan tekanan darah, meningkatkan harga diri malah memberi ketenangan fikiran...
TERIMA KEADAAN - apa yang berlaku dan berlaku pada masa lalu tidak akan datang atau diubah lagi. Jadi, terimalah keadaan ini kerana tidak ada seorang pun yang sempurna..
LEPASKAN @ TULISKAN – memaafkan bukan bererti melupakan apa yang terjadi. Ini kerana anda tidak lagi beremosi sebelum ini atau anda boleh tuliskan kesemua keluhan dalam sehelai kertas. Menulis dapat membantu melegakan dan menenangkan fikiran.
HAKIMI DIRI SENDIRI – Jika anda merasakan telah mengecewakan seseorang, tidak salah untuk anda berjumpa dan memohon maaf. Walaupun ia bukanlah masalah yang besar tetapi ia mungkin melukakan hatinya. Sekurang-kurangnya meminta maaf dapat membebaskan diri daripada kecelaruan fikiran..
ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA – Setiap yang berlaku ada baik buruknya. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..
Memohon maaf tidak bererti anda kalah, tetapi sebenarnya anda telah menang dalam ujian kesabaran, bebas daripada masalah dan kesihatan lebih baik...
Segala kesilapan yang ku lakukan padamu, ku memohon ampun dan maaf...
Ku manusia biasa...
Ku manusia biasa...
Segalanya Abadi Di Sini...
No comments:
Post a Comment