Home

Wednesday, January 4, 2012

Hyperhidrosis Part 2


Jenis-jenis hiperhidrosis



(a) PALMAR (tapak tangan)
  • Peluh melampau bahagian tapak tangan.
  • Keadaan ini dianggap membawa kesan sosial paling besar kerana tangan lebih terdedah kepada aktiviti sosial dan profesional berbanding bahagian badan yang lain.
  • Tahap berpeluh berbeza daripada sentiasa lembap hingga peluh yang menitis. Kebanyakan individu yang tergolong dalam keadaan ini enggan bersalam, susah melakukan aktiviti penulisan, menyentuh peralatan atau kompenan elektrik dan menghadiri majlis sosial.

(b) PLANTAR (tapak kaki)
  • Peluh melampau di bahagian kaki.
  • Kurang membebankan berbanding palmar namun seseorang boleh mengalami kedua-duanya sekali.
  • Perlu memilih jenis kasut tertentu yang meyerap peluh.
  • Kaki mudah berbau dan mendapat jangkitan kulit (boleh merebak ke kawasan lain).
  • Berkemungkinan mudah tergelincir ketika berjalan atas permukaan licin.

    (c) FACIAL (wajah)
  • Peluh melampau bahagian muka bermula dari dahi.
  • Orang sekeliling pasti menyangka individu facial hiperhidrosis sedang gugup atau takut.
  • Memberi pandangan pertama tidak baik terutama ketika menghadiri temuduga.
  • Individu ini mungkin kelihatan seperti tidak berupaya mengawal situasi tertekan.
    (d) Axillary (ketiak)
  • Peluh melampau bahagian ketiak.
  • Pesakit sentiasa peluh di bahagian ketiak menyebabkan baju mereka basah.
  • Rasa malu.
  • Juga mengundang jangkitan bakteria.

(e) Bahagian Lain
  • Peluh melampau juga boleh berlaku di bahagian paha atau badan.


 







No comments:

Post a Comment