Home

Saturday, December 31, 2011

hyperhidrosis

 Salam Cinta Mizzonie...
Mizzonie nak share mengenai satu artikel...Mengingatkan Mizzonie kepada seseorang...yang sama cam Mizzonie...Mizzonie siap buat artikel ni kat dia...Semoga artikel ni ada lagi bersamanya...
Selamat membaca...




**Apa itu HIPERHIDROSIS?**

Menurut Pakar Perunding Bedah dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan UKM, Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif. Punca sebenarnya tidak diketahui. Namun ia berlaku kepada 1 – 3 % penduduk dunia tidak kira bangsa. Menurutnya, nisbah antara penghidap lelaki dan wanita adalah sama namun golongan lelaki cenderung mengalami jenis plantar (kaki) manakala wanita pula palmar (tapak tangan). Biasanya, simptom hiperhidrosis mula kelihatan ketika sejak usia antara 10 tahun hingga 20-an. Kemungkinan berlaku di kalangan ahli keluarga adalah tinggi namun ia bukan kemestian. Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit. Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai. Apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial.


Rawatan

Antiperspirant
  • Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.
  • Pemakaian perlu diulang.
  • Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan.

Suntikan

  • Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.
  • Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.
  • Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.

Pembedahan

  • Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.
  • Mengambil masa sekitar 1 jam.
  • Kesan serta merta.
  • Kejayaan hampir 100%
  • Luka pembedahan hanya sebesar 5mm-1cm.

Kesan Sampingan

Kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan hanya sekitar 1-3% sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan. Rasa sakit seperti sengal biasa berlaku di bahagian dada dan belakang. Ia berlaku lebih kurang 2 minggu dan bersifat sementara. Pesakit boleh pulang dari wad sehari selepas pembedahan dan proses penyembuhan berlaku dengan pantas. Kesan sampingan lain pula, seperti berpeluh di bahagian lain, sesak nafas dan sebagainya juga bersifat sementara. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan pula boleh diatasi dengan menyapu losen atau krim. Menurut kajian sehingga kini, mencatatkan kejayaan 100% dalam VATS dan purata 50 pembedahan dilakukan setiap tahun.

Ada sambungan lagi...



Segalanya Abadi Di Sini...
                                                                                                                                                                              

No comments:

Post a Comment