Home

Tuesday, December 27, 2011

Hari Khamis / Warna Kuning / No. Matriks 7


Salam Cinta Mizzonie...
Untuk warna seterusnya, Mizzonie nak sambung lagi...Warna kuning adalah hari untuk hari Khamis dan no matriks 7

‘Kuning’ – Keberkatan / Kekal


‘Kuning’ adalah warna DOA dalam rahsia elektron, kesaksian, niat
- Adalah warna TENAGA-Fizikal/kesihatan
-Warna tenaga yang bergabung dalam hari Khamis untuk aktiviti seksual (oren)
-Adalah warna pembersih di bahagian perut yang menguasai solar pleksus
-Sikap buruk sangka, dengki khianat dan dendam akan menambah pendamkan ‘kuning’ yang memecah tenaga yang diperlukan untuk akal dan fikiran

Sifat warna:
Tersendiri, mistikal, filosofikal, peribadi dalam, penyendiri, pengamat, peneliti, misteri, spiritual, kearifan dari dalam, permurnian, kontemplatif

Kelemahan berkaitan:
# was-was-curiga-syak
# kekeliruan
# buruk sangka, dengki khianat, curiga dll
# suka meniru, terlalu pembersih atau pengotor
# berfikir perkara yang sama berulangkali, hilang keyakinan
# mudah cemas, mudah berkhayal dan tekanan fikiran

No. Matriks 7
No. matriks 7 adalah nombor pemerintahan, hukum pusingan/kitaran dan peredaran masa(The Law of Vibration) peredaran semula bagi perkara tabii, kejiwaan, pembalasan, revolusi dan pemusnahan.
Nombor misteri (bermistik) khasiat dan khidmat..pembangkitan tenaga pada elemen roh..
’Tujuh’ nombor kitaran alam – 7 hari seminggu, 7 petala langit dan bumi, 7 warna pelangi

Hari khamis – baik untuk menanam pokok, penuaian hasil tumbuhan.
Puasa hari khamis untuk merehatkan perut untuk kesihatan fizikal
Hari penyerahan amalan kepada Allah SWT
Hari paling praktikal untuk bekerja keras
Hari perjalanan untuk tercapainya hajat besar untuk berjumpa seseorang
Hari menunaikan hajat

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna kuning

No comments:

Post a Comment