Home

Friday, January 20, 2012

Sembang Warna PArt 4 (versi warna hijau)

Selamat Pagi Cinta
Suasana Pagi yang sangat indah. Cuaca yang agak redup juga, macam nak hujan tapi tak tahu la. Hari ini nak cerita pasal hari Jumaat yang ada kaitan dengan warna hijau. Selamat membaca.

Hari Jumaat sebenarnya amat relatif dengan warna hijau. Samaada kita berpakaian hijau atau sekadar melihat dan menghayati, kita telah meningkatkan potensi tenaga hijau di dalam tubuh malah memberi keseimbangan kepada diri agar bersatu dengan alam sepanjang hari kita lalui.

Oleh kerana warna bergetar menurut nilai ukurannya yang tersendiri, maka warna hijau bergetar pada tahap maksima pada hari jumaat. Adalah didapati bahawa paru-paru dan jantung yang juga bergetar dengan nilai ukuran yang sama dengan warna hijau, maka pada hari Jumaat, pernafasan dan aktiviti jangtung menjadi lebih stabil dan seimbang.

Dengan memakai pakaian hijau pada hari jumaat, ia akan memberi kesan keseimbangan kepada kulit, selain meningkatkan tahap tenaga warna biru (dalam bentuk glukos) dan merah (oksigen di dalam darah)

Cahaya matahari pada hari Jumaat , memberi perbezaan spektrum di mana warna hijau didapati lebih mendominasi/menguasai. Ini dapat dikaji melalui tumbuh-tumbuhan, seperti fungsi bukaan-bukaan (liang stoma) pada dedaun dan batang kaktus yang lebih banyak pada hari Jumaat. Klorofil dan gerakan air pada batang dan daun juga semakin aktif manakala spektrum cahaya pelangi lebih jelas mendominasikan warna hijau.


Hari pertemuan – pertembungan serentak air, karbon dioksida, oksigen dan nitrogen dalam tumbuhan (pada waktu puncak – Solat Jumaat)

Memakai pakaian hijau seumpama dinaungi dedaun yang kehijauan

Gabungan tenaga di antara manusia dalam rahsia fotosintesis tumbuhan

Rahsia keserentakan ketika berdoa

Kejiwaan yang syahdu


No comments:

Post a Comment