Home

Friday, January 13, 2012

Hari Jumaat / Warna Hijau / No. Matriks 8

Selamat Pagi Cinta...Selamat Hari Jumaat...
Kebetulan warna seterusnya ialah warna untuk hari Jumaat..Warna hijau...No. matriks 8 ialah untuk warna hijau dan untuk hari jumaat...

Hijau – Kejiwaan/Pertemuan/Ragam

  

‘Hijau’ adalah warna pertemuan dalam perkahwinan, Jiwa – Kepuasan/Kebebasan/Kegembiraan
‘Hijau’ warna kemarahan dan kedukacitaan
‘Hijau’ adalah warna pengimbang dalam mana-mana warna yang telah mengalami kepincangan frekuensi
‘Hijau’ adalah warna kehidupan sebahagian besar tumbuh-tumbuhan
‘Hijau’ adalah warna yang benar-benar menguji kesabaran
‘Hijau’ adalah warna yang menggariskan satu panduan hidup yang meniti jalan tengah dengan mencari kesederhanaan
‘Hijau’ adalah warna yang menguasai bahagian jantung dan paru-paru yang amat sensitif kepada kata-kata yang tidak dikawal
‘Hijau’ lebih banyak menguasai kedamaian perasaan di waktu awal pagi dan ia semakin membangkitkan perasaan yang lebih positif sehingga menjelang tengah hari

Sifat warna:
Kekuasaan, penyatuan, organisasi, pengakuan, keberhasilan, pengelola, kewangan, keahlian, pengembangan, kelimpahan, manifestasi,kerjasama.

Kelemahan berkaitan:
Dukacita yang mendalam, kemarahan meluap, kesunyian(menyendiri), kehampaan, mudah kecil hati, rasa terkongkong, hilang nikmat kehidupan, cemburu, kebosanan, tabiat kebudak-budakkan

No. matriks 8
‘Lapan’ adalah nombor siap sedia atau persiapan yang rapi, kemas dan lengkap menuju kematian atau penyudahan
‘Lapan’ memenuhi segala ruang dan masa dalam tempoh atau jarak usia tepat
‘Lapan’ meningkatkan rasa kesedaran
‘Lapan’ nombor Bio energi pernafasan yang paling tinggi membuka lipatan ikatan pada sebarang hambatan-hambatan halangan

Hari Jumaat
·         Adalah hari paling mulia/sebaik-baik hari
·         Hari ‘jumaat’ dinaungi dengan pengaruh kekuatan alam bioenergi (energi hidup) pada warna hijau
·         Hari kelimpahan berkat, rahmat dan nikmat
·         Hari paling mustajab untuk berdoa
·         Berpakaian hijau pada hari ‘Jumaat’
·         Zikir hari – penawar untuk ketegangan perasaan


Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna hijau

1 comment:

  1. singgah blog walking..hijau warna aura utk hari jumaat
    jemput singgah blog sy
    http://susuibuidamansimanja.blogspot.com/

    ReplyDelete