Home

Wednesday, January 4, 2012

Hyperhidrosis Part 3


Langkah-langkah VATS (pembedahan)

  • Pesakit akan diberi bius penuh. Sejenis tiub akan dimasukkan ke dalam paru-paru melalui mulut. Badan pesakit dicuci dan diletakkan antiseptik. Bius setempat diberi pada kawasan yang akan ditebuk.
  • Pembedahan dimulakan dari kanan, paru-paru sebelah kanan dikecutkan dan pesakit hanya bernafas menggunakan paru-paru kiri.
  • Dua jenis port dimasukkan dalam dua lubang berlainan iaitu satu untuk memotong saraf berkenaan manakala satu lagi kamera. Saraf simpathetik akan dikenalpasti. Ia terletak antara tulang rusuk kedua dan tiga.
  • Menggunakan ultrasonic, saraf ini dipotong dan dikeluarkan.
  • Doktor akan memeriksa jika berlaku pendarahan. Paru-paru akan dikembangkan semula. Dalam pada itu, doktor akan memasukkan tiub untuk menyedut jika ada udara terperangkap dalam torak.
  • Skarpel dikeluarkan. Kawasan ditebuk dijahit semula. Langkah diulang pada bahagian kiri.
    Penyelesaian hiperhidrosis boleh dilihat sejurus pembedahan dilakukan di mana tangan pesakit serta merta kering dan panas.


Maklumat mengenai hiperhidrosis















No comments:

Post a Comment