Warna seterusnya ialah untuk hari sabtu, warna merah dan no matriks 1..
Merah – Warna Bumi/Tanah/Segumpal Darah (bersatu dengan air)
Manusia itu berasal kejadiannya ‘merah’, bahawa kejadian bermula daripada segumpal darah
‘Merah’ seimbang dengan hari Sabtu – sesuai untuk pembinaan tulang, otot dan saraf
‘Merah’ adalah warna keberanian dan boleh bertukar secara tiba-tiba menjadi bentuk ketakutan yang luar biasa
‘Merah’ kelihatan bertentangan dengan warna-warna lain/warna kontras
‘Merah’ cukup mendesak kita untuk memberi perhatian kepadanya
Sifat warna:
Individual, kepentingan diri, berdikari, kepemimpinan, jiwa perintis, keteguhan, kreatif berfikir, inovatif, keberanian, daya tarikan mempengaruhi, rasa takut gagal..
Kelemahan berkaitan:
Hilang kecekapan (lambat/lembab), hilang ketabahan, rasa terdesak, tidak berdaya tahan, ketakutan yang keterlaluan, keberanian melulu (amuk)
No. Matriks 1
‘Satu’ sifat yang datang daripada alam kekosongan
‘Satu’ ialah simbol bagi pusat lingkaran alam dengan satu titik di tengah-tengahnya
‘Satu’ adalah permulaan yang dihitung menjadi jumlahnya 9 iaitu telah tercipta
‘Satu’ asas bagi semua nombor atau asas bagi keseluruhan jiwa
‘Satu’ nombor kedayaan, kekuatan, keberanian dan kekuasaan
Hari Sabtu
‘Sabtu’ hari yang sangat diagung-agungkan oleh kaum Yahudi
‘Sabtu’ ertinya istirehat, bersuka ria, keraian
Dinasihatkan tidak berurusan dengan urusan kedunian pada hari itu
Hari perselisihan
Jangan membuat perjanjian, berwasiat atau memegang janji pada hari Sabtu..
Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna merah
No comments:
Post a Comment