Salam Cinta
Salam Kehijauan pada hari ini. Kelihatan hijau hari ini. Terima Kasih . . . . .
Salam Kehijauan pada hari ini. Kelihatan hijau hari ini. Terima Kasih . . . . .
Hari ini Mizzonie nak share mengenai keistimewaan wanita. Istimewa ke? yang penting istimewa kerana ini mengikut Hadis ye, bukan Mizzonie reka2 cerita. Mizzonie huraikan secara ringkas ye.
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ak (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
6. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
7. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
9. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
10. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Semoga memberi ikhtibar dan pengetahuan kepada diri Mizzonie sendiri dan untuk semua.
InsyaAllah
Segalanya Abadi Di Sini...
No comments:
Post a Comment