Home

Thursday, October 27, 2011

Everyday I Love You...

Salam Cinta Mizzonie...
Everyday I Love You...Bagi Mizzonie setiap nafas Mizzonie adalah cinta Mizzonie...


Everytime I Love You...

Segalanya Abadi Di Sini...

Hari Isnin / Warna Putih / No. Matriks 9

Salam Cinta Mizzonie..
Hari ni, Mizzonie nak sambung mengenai warna dan no matriks...Mizzonie dah jelaskan tempoh hari, mengenai warna, hari ni Mizzonie nak huraikan warna Hari Isnin iaitu warna putih...

'Putih' - Spritual/Daya Rohani...No. Matriks 9


'Putih' warna kesucian, kepercayaan, semangat
* Hari kelahiran dan kewafatan Rasulullah SAW
* Puasa Hari Isnin untuk kesihatan fikiran
* Hari amalan diperlihatkan kepada Allah SWT
* penyatuan semua warna di dalam 'putih'
* warna matlamat akhir kehidupan
* warna kekuatan sistem imun

Sifat Warna 'Putih'
Penuntasan, kesempurnaan keprihatinan, persaudaraan sedunia, pengampunan, balas jasa, daya tarikan, dramatis, serba boleh, cinta yang universal, sensitif, kemanusiaan, artistik, kepedulian, sangat intuitif, spiritual, penyembuhan, idealisme, tranformasi, filantropik.

Kelemahan berkaitan:

- Hilang semangat/letih berpanjangan
- Hilang daya kemahuan/motivasi diri
- Delusi dan halunisasi
- Kekaburan kesedaran (koma)
- Takut kegelapan
- Kelakuan ganjil dan berubah-ubah
- Hiperaktif
- Pelupa keterlaluan

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna putih

No. 9 adalah nombor tenaga, aktiviti, pejuangan, peperangan, pahlawan, pertikaian, penyatuan segala sifat-sifat kebenaran.
No. 9 melambangkan sifat kedegilan atau keutuhan
No. 9 membawa kesan mudah terlanjur, keterlanjuran cakap dan perbuatan
No. 9 nombor letupan tenaga atom, api atau tenaga berlebihan
No. 9 nombor kawalan semula
No. 9 banyak memberi tambahan kepada punca-punca tenaga

Mizzonie akan huraikan warna dan no matriks seterusnya pada sesi akan datang...harap sabar menanti...

Segalanya Abadi Di sini...

Tuesday, October 25, 2011

Warna dan Matriks Pernomboran

Salam Cinta Mizzonie...
Dah lama Mizzonie x update blog ni...biasa la...bz ckit...minggu lepas, Mizzonie g kursus...x ada masa nak update..Hari ni, Mizzonie nak cerita pasal warna dan nombor...macam2 warna dalam dunia ni...ciptaan Tuhan...
Alam Semesta melalui tanda-tanda warna mengikut ruang dan masa adalah model yang cukup sempurna. Bunga,  dedaunan, batu-batan dan tanah-tanih yang berbagai warna dapat kita terjemahkan namun masih tidak terjangkau oleh daya pemikiran biasa kita. Terang dan gelap - siang dan malam terjadi silih berganti yang sebenarnya disulami dengan turutan Warna dan Nombor Matriks yang sangat harmonis secara bersistematik.
Bagaimana pula setiap hari dalam seminggu mempunyai perkaitan Warna dan Nombor Matriks yang tersendiri?
Dalam seminggu terdapat warna dan nombor matriks masing-masing...


Hari Isnin : Warna Putih - No. Matriks 9

Hari Selasa : Warna Pink - No. Matriks 3
                        :  Warna Ungu - No. Matriks 2

Hari Rabu : Warna Biru - No. Matriks 5 

Hari Khamis : Warna Kuning - No. Matriks 7
                   : Warna Oren - No. Matriks 4

Hari Jumaat : Warna Hijau - No. Matriks 8

Hari Sabtu : Warna Merah - No. Matriks 1

Hari Ahad : Warna Hitam - No. Martiks 6

Mizzonie akan berpakaian mengikut hari warna di atas...
Maklumat lanjut mengenai warna dan no. matriks ni, Mizzonie akan cerita untuk sesi yang akan datang..hehehe..harap sabar menunggu...

Segalanya Abadi Di sini...

You're My Everthing...

Salam Cinta Mizzonie...
You're My Everthing...Favorite Song Mizzonie...



Segalanya Abadi Di sini...

Monday, October 17, 2011

Aktiviti Hujung Minggu Mizzonie...


 Salam Cinta Mizzonie...
Hari ni Mizzonie nak citer aktiviti Mizzonie hujung minggu. Setiap hari Ahad, Mizzonie akan ke
 Taman Tasik Titiwangsa..buat aktiviti riadah la..Mizzonie g tasik dalam kul 7 pagi...dalam kul 8 pagi, kat tasik ada senamrobik...hehehe..start dari kul 8 pagi hingga 10 pagi..
Mizzonie g tasik ngan Cik Noorzuraida a.k.a Nor...
Semalam Mizzonie n Nor g tasik, penat gile...berpeluh2 kami...tapi best...
Dalam tgh dok arobik, sempat lagi kami ni ambik gambar..hehe..
Panas terik pagi semalam...kul 8 pagi dah naik matahari...kepanasan kami...hehehe




Kepanasan kami...hehehee


Get ready nk arobik..

Selepas penat ber arobik hehehe...Mizzonie g cuci kereta kat area wangsa maju..sambil tunggu kereta siap, Mizzonie minum kat OLDTOWN..dekat ngn tempat cuci kereta..sebelah je..tu yang minum dulu...Mizzonie jarang minum kat OLDTOWN, Mizzonie suka minum kat BANGI KOPITIAM...dulu Mizzonie selalu g...sekarang ni....jarang....
Kira sarapan jap la....I miss Bangi Kopitiam...
Mizzonie order HOT Chocolate n Roti Bakar je 

Segalanya Abadi Di sini...

Friday, October 14, 2011

Air Sembahyang...

Salam Cinta Mizzonie..
Hari ini hari berkat CINTA Mizzonie..
Hari Jumaat yang indah...InsyaAllah..
Mizzonie nak berkongsi mengenai air wudhu yang kita ambil setiap kali bersolat..



AIR SEMBAHYANG

1.
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya
Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 :
Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 :
Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah
kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 :
Ahli syurga diberikanhisab-
hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 :
Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 :
Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 :
Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 :
Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 :
Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam
mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil
wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?


Segalanya Abadi Di Sini...

Tuesday, October 11, 2011

Sayang...

Salam Cinta Mizzonie...
Mizzonie just nak share dialog ni...teringat dialog ni...

Segalanya Abadi Di sini...

 Nur : U sayang i?

Adam :  sayang...

Nur : U sayang i x?

Adam : sayang...

Nur bertanya lagi tanpa jemu..Adam menjawab jawapan yang sama..

Nur : U sayang i x ni??

Adam : sayang la....

Nur bertanya lagi...

Nur : U sayang i ke x?

Adam hanya tersenyum, lalu menjawab, '' mestilah i sygkan u...syg sgt..''

Nur terdiam tanpa menyoal lagi...lalu Nur membalas, '' I pun sygkan u, lg sygkan u, pasti sygkan u, sentiasa sygkan u..sampai bila-bila..'' Adam tersenyum lalu berkata...'' mesti u nak lebihkan??'' 

Nur hanya tersenyum..


Jamuan Persaraan MAk Siti...

Salam Cinta Mizzonie..
Hari ni Mizzonie nak kongsi cerita minggu lepas, pada 04 Okt 2011 bersamaan hari selasa..
Ofis Mizzonie mengadakan jamuan persaraan untuk MAk Siti..
Jamuan diadakan di Restoran D'Saji berdekatan dengan ofis Mizzonie..dkt bangunan felda...
Yang bestnya tu...kami duduk di meja yang sangat bertuah...kami semua dapat hadiah cabutan bertuah..hehehehe..hampir satu meja kami la...
Ini buktinya...hehehehe...

Makan time...hehehe
Bykkan??kau ada??
Nor ngn hadiahnya..
Mizzonie ngn hadiahnya..
Aini Sabah ngn hadiahnya..


Yang kelakarnya, cte pasal kami je..hehehe..x cite pun pasal Mak Siti..hehehe..sory..gambar Mak Siti  x  dpt nk amik...x sempat...kawan2 yang lain berebut nak amik gambar MAk Siti...Sape yang bersara sebenarnya ni..hehehe...yang penting majlis berjalan lancar..
Amin...

Segalanya Abadi Di Sini...

Friday, October 7, 2011

Wirid Imam Al Ghazali

Salam Cinta Mizzonie...
Hari ni hari jumaat..Hari Berkat Cinta Mizzonie...
Rindu sangat hari jumaat...selalu kirimkan berkat jumaat...
Ya Allah..
Hari ni Mizzonie nak kongsi mengenai wirid Imam Al Ghazali


1. Hari Jumaat membaca :
Yaa Allah (1000 kali)

2. Hari Sabtu membaca :
Laa Illaaha Illallaah (1000 kali)
''Tiada Tuhan Selain Allah''

3. Hari Ahad membaca :
Yaa Hayyuu Yaa Qoyyuum (1000 kali)
''Wahai zat yang hidup kekal abadi''

4. Hari Isnin membaca :
Laa Haula Walaa Quwwata Illa
Billahil' aliyil 'Azhiim (1000 kali)
''Tiada daya dan kekuatan terujud melainkan dengan bantuan
Yang Maha Luhur lagi Maha Agung''

5. Hari Selasa membaca :
Shollallaahu 'Alaa Muhammad (1000 kali)
"Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya
kepada Nabi Muhammad"

6. Hari Rabu membaca :
Astaghfirullahal 'Azhiim (1000 kali)
'' Aku mohon ampun kepada Allah
Yang Maha Agung''

7. Hari Khamis membaca :
Subhaanallaahil 'Azhiimi Wabihamdih''(1000 kali)
'' Maha suci Allah yang Agung dan segala puji bagi-Nya''


Segalanya Abadi Di Sini...

Thursday, October 6, 2011

Wednesday, October 5, 2011

Rasa???

Salam Cinta Mizzonie...
Rasa???kenapa??Mizzonie x tahu ape yang Mizzonie rasa sejak akhir2 ni...rasa sedih..rasa sakit..rasa pilu..rasa sayu...banyaknya rasa...kenapa erk???
Pernah rasa x jantung kita berdebar2??secara tiba2...ape tandanye erk??adakah kita jatuh hati pada seseorang? atau kita gementar?takut??macam2 persoalan boleh timbul...tetapi pada Mizzonie pula, Mizzonie akan berdebar bila dapat tahu kehadiran bakal seseorang...Mizzonie dapat rasakan...dengar cam pelik kan?tapi itu la hakikatnya..
Kenapa erk jadi cam tu???hati x pernah berbohong bukan?
Ya Allah, beri aku kekuatan...


Segalanya abadi di sini...

Tuesday, October 4, 2011

Penyembuh Rindu...

Salam Cinta Mizzonie


Sweet song...

Segalanya abadi di sini...

Monday, October 3, 2011

Diet Rasullullah S.A.W

Salam Cinta Mizzonie
Hari ni Mizzonie nk cerita mengenai diet Rasullullah SAW..Dari Ustaz Abdullah MAhmood berkata, Rasullullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya seharian. Apa kata kita ikut diet ni. Tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus...InsyaAllah kalau kita ikut diet Rasullullah SAW, takkan sakit perut ataupun keracunan makanan..


JANGAN MAKAN SUSU + DAGING 
JANGAN MAKAN DAGING + IKAN
JANGAN MAKAN IKAN + SUSU
JANGAN AYAM + SUSU
JANGAN MAKAN IKAN + TELUR
JANGAN MAKAN IKAN + DAUN SALAD
JANGAN MAKAN SUSU + CUKA
JANGAN MAKAN BUAH + SUSU CTH: KOKTEL
KOKTEL


# Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

# Tidur 1 jam selepas makan tengahari.

# Jangan sesekali tinggal makan malam..Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Nampak cam pelikkan?tapi itu la realitinya...Ianya x adalah dalam jangka masa yang terdekat ni...Ianya berkesanbila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dalam badan, AYAM mengandungi ion +ve (positif) manakala IKAN mengandungi ion -ve (negatif)...jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka, terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus...
Selamat Mencuba



Segalanya abadi di sini...