Home

Saturday, March 31, 2012

Selamat Ulang Tahun . . . . .

Salam Cinta
Hari ini adalah hari yang bermakna buatku...Tarikh istimewa dalam hidupku.
Aku tidak pernah lupa, ia sentiasa berada di sini.
Bagaimana untuk aku melalui segalanya setiap kali mengenang segala kenangan, air mata ini sentiasa mengalir.
Cuba untuk berselindung tetapi aku rebah juga disebalik segala kepura-puraan.

Kadangkala aku senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala aku ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri
Adakalanya aku melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah,
Bila menangis tidak siapa yg tahu, semuanya demi maruah diri,
Hanya aku yang tahu, jeritan batinku...
Ya Allah, beri aku kekuatan dalam menjalani semua ini...

Terkadang terngiyang2 di telinga suaranya, kata2nya, ayat2nya...
Kata-kata cinta....
Kata-kata sayang...
Kata-kata rindu...
" I sayang U je tau " masih segar diingatan...
" Uiitttt.... " mesej pertama 31 Mac 2010 
" Nak kita bank in kan? " kerana ini lah, kami bermula...


Selamat Ulang Tahun . . . . . 
Mawar yang sentiasa dalam simpanan dan ingatan




Segalanya Abadi Di Sini




Monday, March 26, 2012

Tabiat

Salam Cinta
Tabiat yang Mizzonie nak ceritakan ni ialah tabiat sebelum tido. Tak sangka pulak anak buah Mizzonie mewarisi daripada Mizzonie, hehehe...Gambar ni diambil masa die umur 3 tahun rasanya, sekarang Mia ni dah 6 tahun, time tu Mizzonie perasan yang dia ada persamaan dengan Mizzonie..
Nak tahu tabiat ape??



Tabiat dia adalah main pintal2 rambut sebelum tido...hehehe...
Sama cam Mizzonie juga kalau nak tidur cepat main rambut, confirm tido cepat..hehehe
Ini la persamaan tabiat kami. Agak2 orang lain ada tak tabiat cam kami???


Segalanya Abadi Di Sini...


Friday, March 23, 2012

Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

Gambar hiasan sahaja

Salam Cinta
Salam Kehijauan pada hari ini. Kelihatan hijau hari ini. Terima Kasih . . . . .
Hari ini Mizzonie nak share mengenai keistimewaan wanita. Istimewa ke? yang penting istimewa kerana ini mengikut Hadis ye, bukan Mizzonie reka2 cerita. Mizzonie huraikan secara ringkas ye.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ak (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

6. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

7. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

8. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

9. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

10. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Semoga memberi ikhtibar dan pengetahuan kepada diri Mizzonie sendiri dan untuk semua.
InsyaAllah



Segalanya Abadi Di Sini...

Thursday, March 22, 2012

Menu Hari Ini

Salam Cinta
Menu untuk tengahari tadi ialah Tutti Frutti...
Mizzonie g ngan kawan-kawan ofis time lunch tadi...











Kawan-kawan Mizzonie ni 1st time makan Tutti Frutti ni, Mizzonie bawa je la.
Thanks to my friends...Maria, Aini dan Nor.




Segalanya Abadi Di Sini...

Tuesday, March 20, 2012

Selamat Bertunang

Salam Cinta
Pada hujung minggu yang lepas Mizzonie sekeluarga ke Kg Baru, Batu Caves. Ada majlis pertunangan saudara Kak Fiza namanya, setelah sekian lama kami menanti akhirnya Kak fiza akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya Abg Din pada bulan November 2012. Warna tema purple, tu yang kami pakai purple. Ada kisah dorang ni, kami sekeluarga yang satukan Kak Fiza ngan Abg Din, nak tunggu kak fiza ni x tahu la, umur dah meningkat hehehe...tak sangka pulak ada respon masing2..jodoh...siapa tahu...Allah yang menentukanNya.
Alhamdulillah



Monyok pulak Cha-cha ni..


Anak buah kesayangan Mizzonie


Sempat lagi dorang ni posing2..pantang dapat kamera. 
Selamat bertunang buat Kak Fiza dan Abg Din, kesian Abg Din x dapat datang kerana ada tugas luar selama sebulan kat mana ntah. Walau camane pun semoga kekal bahagia untuk kamu berdua.
InsyaAllah...


Segalanya Abadi Di Sini...

Monday, March 19, 2012

Merisik Khabar





Terkapar-kapar ku kelemasan sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu

Kerana mu...

Tersentuh dengar lagu ni, nyanyian asal oleh Allahyarham Sudirman.


Segalanya Abadi Di Sini...



Friday, March 16, 2012

Bersujud Legakan Sistem Pernafasan




Salam Cinta
Salam Jumaat
Di Pagi Jumaat yang indah ini, Mizzonie nak share mengenai kelebihan bersujud. Ibadah solat bagi orang Islam adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Dari segi fizikal pula, bersujud mampu melegakan Sistem Pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang bakal anda dan Mizzonie perolehi ketika bersujud:

# Memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

# Melegakan sakit hernia

# Melegakan paru2 dari ketegangan

# Kedudukan sewaktu bersujud baik untuk merehatkan dan mengimbangi linkungan bahagian belakang tubuh

# Mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba-tiba.

Semoga apa yang Mizzonie sharekan ni, dapat menambahkan pengetahuan kepada diri sendiri dan kepada semua.
InsyaAllah...



Segalanya Abadi Di Sini...


Thursday, March 15, 2012

Kelebihan Berpeluk




Salam Cinta
Tahukah anda, memeluk pasangan (suami, isteri, ibubapa ; dan sebagainya) sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan memanjangkan usia anda?
Ye ke?? hehe...

Fakta ini didapati hasil sebuah penyelidikan yang dilakukan di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan kasih sayang. Sekiranya anda memeluk pasangan anda, tubuh akan mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan. Hormon ini merupakan sejenis kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.


Segalanya Abadi Di Sini...


Wednesday, March 14, 2012

Menangis Itu Terapi

Salam Cinta
Bab hari ni menangis pulak, apa yang menangis ni...
Tajuk pun dah ' Menangis Itu Terapi ', so kenapa leh jadi cam tu erk?
Mizzonie share kat sini.



Ketika kita menghadapi pelbagai masalah yang membuatkan kepada kita runsing dan pening adalah wajar jika kita memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah tidak kira masalah cinta, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah pejabat dan berbagai2 jenis masalah la.

Menangis misalnya merupakan salah satu cara untuk mengurangkan beban masalah. Walau kita menangis kuat mana sekali pun atau menangis air mata darah pun, jika masalah itu kita tidak mengatasinya, bagaimana nak selesaikan??

Menurut pengkaji psikologi, air mata yang keluar akan membuatkan seseorang merasa lebih baik kerana ia berfungsi mengurangkan ketegangan saraf dalam tubuh, yang mana penyebabnya adalah stres dan terlalu banyak berfikir.
Mizzonie ni kuat menangis...hehehe...
Air mata sebagai peneman, hanya aku yang tahu...


Segalanya Abadi Di Sini...





Tuesday, March 13, 2012

Mengapa Lelaki Sukar Melafazkan Maaf?



Salam Cinta
Ye ke lelaki ni sukar ucapkan maaf?
Bagi Mizzonie bergantung kepada seseorang tu, tepuk diri tanya diri...hehe...
Tapi nak tahu juga kenapakan?? So, Mizzonie share kat sini...

Berbanding wanita, lelaki adalah insan yang sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih2 lagi jika berbuat salah kepada pasangan sendiri. mari kita bongkar mengapa ayat " maaf " begitu sukar keluar dari mulut lelaki.

* Memiliki ego yang terlalu tinggi

* Memperlihatkan kelemahan diri

* Tidak suka mengaku kesalahan

* Tindakan berbicara lebih jelas daripada kata-kata

* Bimbang maaf tidak diterima

* Menghindari konfrontasi (bersemuka)

Agak2 ye ke??? Mizzonie pun tak tahu, tanya diri ye.


Segalanya Abadi Di Sini...




Monday, March 12, 2012

Pulau Labuan Part 3

Salam Cinta
Pulau Labuan Part 3 hari berjalan2 Mizzonie di hujung minggu. Bab berjalan ni memang suka. Jalan-jalan cari benda yang paling Mizzonie suka, rambang mata. Jalan-jalan cari coklat...









Tengah khusyuk tengok2 coklat, terpandang sesuatu. Minyak wangi...
Unik kan?


Banyak tak? ni la antara coklat yang Mizzonie beli..hehe..


Segalanya Abadi Di Sini...


Friday, March 9, 2012

Dengan IzinNya

Salam Cinta
Semoga hari ini lebih memberi keberkatan dan ketenangan dalam kehidupanku.
InsyaAllah dengan IzinNya.



Kesedihan dan kesenangan adalah perkara biasa yang mengiringi kehidupan
semua itu tidak lain sekadar hiasan waktu yang silih berganti

Masa lalu biarlah berlalu dan harapan belum menjadi kenyataan
maka manfaatkan waktu saat ku sedang menjalaninya

Bila ku mengharapkan kemustahilan
Aku telah membangunkan harapan di tepi jurang yang runtuh
Usirlah keraguan yang ada di diriku secepatnya

Perputaran roda kehidupan telah melemparkan ke dalam kesulitan,
namun itu lebih menyenangkan
sebab aku terus belajar untuk menyelesaikan masalah
belajar untuk memujuk hatiku supaya kuat menghadapi ujian dan dugaan hidup ini

Kesulitan itu tiada lain hanyalah sesaat kemudian habis
hanya orang yang melakukan perjalananlah yang boleh merasakan suka-dukanya suatu perjalanan



Segalanya Abadi Di Sini...





Thursday, March 8, 2012

Aktiviti Sempena Hari Wanita

Salam Cinta
Pagi tadi cuaca kat Kuala Lumpur ni hujan. Hujan Cinta.... So kawan-kawan kat ofis ni tetiba datang malasnya, dengan sistem kerja baru (VIBES) ntah cam pape, banyak masalah. Sempena Hari Wanita hari ni, adalah seseorang bawa beg penuh dengan tudung, dah macam kat Jalan Tunku Abdul Rahman dah tadi kat ofis. Si Zamzarina ni la yang jual tudung-tudung ni, masing-masing duk try la. Mizzonie just tgk2 je coz tudung2 tu sume tudung 'malas', tudung main sarung je. Mizzonie tak berapa minat, just layan dorang ni je.









Sempat juga Mizzonie ambil tudung ni, bukan kerana Mizzonie nak pakai tapi belikan untuk Mama tercinta. Sempena Hari Wanita...
Love you Mama...


Segalanya Abadi Di Sini...

Tuesday, March 6, 2012

Pulau Labuan Part 2

Salam Cinta
Pulau Labuan Part 2 ni, Mizzonie dan yang lain2 jalan-jalan sekitar Labuan, tak besar pun labuan ni. Kalau ikutkan lebih kurang 45 minit dah boleh habis pusing satu Pulau Labuan. Mizzonie ada lebih kurang seminggu lebih untuk ada kat Labuan ni. So agaknya apa la aktiviti Mizzonie kat Labuan ni kan??


Sewa kereta la nak berjalan di sekitar Labuan
















Cian Noraini Arasa kena patuk...




Kami ke Menara Chimney dan Taman Burung
Tempat-tempat yang menarik juga la bagi Mizzonie...


Segalanya Abadi Di Sini...