Home

Friday, February 10, 2012

kuku

Salam Cinta Mizzonie
Selamat Hari Jumaat
Ape yang kuku ni? nak cerita mengenai memotong kuku. Selalunya bila hari Jumaat je, Mizzonie mesti teringat potong kuku seseorang sebelum waktu solat jumaat. Kira manja yang tak nampak la, hehehe tapi risau juga takut terpotong isi kuku, janji jangan potong terlalu pendek sangat nnt dia x selesa. Bila nk potong kuku mesti teringat, hari ini nk kongsi mengenai memotong kuku, kebetulan hari Jumaat.

Tatacara Memotong Kuku Tangan:

*  Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri.
*  Menurut Imam Al-Nawawi, sunat memotong bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking hingga ibu jari.




Tatacara Memotong Kuku Kaki:
* Memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
* Bermula kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari.
* Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingking 


Waktu Memotong Kuku: 
* Islam juga mengambil kira waktu memotong kuku yang tertakluk pada panjang kuku.
* Bila-bila masa - jangan biar kuku tidak dipotong melebihi 40 hari
* Waktu sunat - sebelum solat Jumaat


Segalanya Abadi Di Sini...









No comments:

Post a Comment