Home

Saturday, December 31, 2011

hyperhidrosis

 Salam Cinta Mizzonie...
Mizzonie nak share mengenai satu artikel...Mengingatkan Mizzonie kepada seseorang...yang sama cam Mizzonie...Mizzonie siap buat artikel ni kat dia...Semoga artikel ni ada lagi bersamanya...
Selamat membaca...




**Apa itu HIPERHIDROSIS?**

Menurut Pakar Perunding Bedah dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan UKM, Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif. Punca sebenarnya tidak diketahui. Namun ia berlaku kepada 1 – 3 % penduduk dunia tidak kira bangsa. Menurutnya, nisbah antara penghidap lelaki dan wanita adalah sama namun golongan lelaki cenderung mengalami jenis plantar (kaki) manakala wanita pula palmar (tapak tangan). Biasanya, simptom hiperhidrosis mula kelihatan ketika sejak usia antara 10 tahun hingga 20-an. Kemungkinan berlaku di kalangan ahli keluarga adalah tinggi namun ia bukan kemestian. Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit. Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai. Apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial.


Rawatan

Antiperspirant
  • Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.
  • Pemakaian perlu diulang.
  • Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan.

Suntikan

  • Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.
  • Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.
  • Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.

Pembedahan

  • Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.
  • Mengambil masa sekitar 1 jam.
  • Kesan serta merta.
  • Kejayaan hampir 100%
  • Luka pembedahan hanya sebesar 5mm-1cm.

Kesan Sampingan

Kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan hanya sekitar 1-3% sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan. Rasa sakit seperti sengal biasa berlaku di bahagian dada dan belakang. Ia berlaku lebih kurang 2 minggu dan bersifat sementara. Pesakit boleh pulang dari wad sehari selepas pembedahan dan proses penyembuhan berlaku dengan pantas. Kesan sampingan lain pula, seperti berpeluh di bahagian lain, sesak nafas dan sebagainya juga bersifat sementara. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan pula boleh diatasi dengan menyapu losen atau krim. Menurut kajian sehingga kini, mencatatkan kejayaan 100% dalam VATS dan purata 50 pembedahan dilakukan setiap tahun.

Ada sambungan lagi...



Segalanya Abadi Di Sini...
                                                                                                                                                                              

Tuesday, December 27, 2011

Doaku Untukmu Sayang...




Segalanya Abadi Di Sini...

Kamu...


Aku Rindu Kamu...
Tuhan tolong aku...Tolong jaga dia...Aku sayang Kamu....
Kamu...

Hari Khamis / Warna Kuning / No. Matriks 7


Salam Cinta Mizzonie...
Untuk warna seterusnya, Mizzonie nak sambung lagi...Warna kuning adalah hari untuk hari Khamis dan no matriks 7

‘Kuning’ – Keberkatan / Kekal


‘Kuning’ adalah warna DOA dalam rahsia elektron, kesaksian, niat
- Adalah warna TENAGA-Fizikal/kesihatan
-Warna tenaga yang bergabung dalam hari Khamis untuk aktiviti seksual (oren)
-Adalah warna pembersih di bahagian perut yang menguasai solar pleksus
-Sikap buruk sangka, dengki khianat dan dendam akan menambah pendamkan ‘kuning’ yang memecah tenaga yang diperlukan untuk akal dan fikiran

Sifat warna:
Tersendiri, mistikal, filosofikal, peribadi dalam, penyendiri, pengamat, peneliti, misteri, spiritual, kearifan dari dalam, permurnian, kontemplatif

Kelemahan berkaitan:
# was-was-curiga-syak
# kekeliruan
# buruk sangka, dengki khianat, curiga dll
# suka meniru, terlalu pembersih atau pengotor
# berfikir perkara yang sama berulangkali, hilang keyakinan
# mudah cemas, mudah berkhayal dan tekanan fikiran

No. Matriks 7
No. matriks 7 adalah nombor pemerintahan, hukum pusingan/kitaran dan peredaran masa(The Law of Vibration) peredaran semula bagi perkara tabii, kejiwaan, pembalasan, revolusi dan pemusnahan.
Nombor misteri (bermistik) khasiat dan khidmat..pembangkitan tenaga pada elemen roh..
’Tujuh’ nombor kitaran alam – 7 hari seminggu, 7 petala langit dan bumi, 7 warna pelangi

Hari khamis – baik untuk menanam pokok, penuaian hasil tumbuhan.
Puasa hari khamis untuk merehatkan perut untuk kesihatan fizikal
Hari penyerahan amalan kepada Allah SWT
Hari paling praktikal untuk bekerja keras
Hari perjalanan untuk tercapainya hajat besar untuk berjumpa seseorang
Hari menunaikan hajat

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna kuning

Monday, December 19, 2011

Pendarahan Haid yang berlebihan...

Salam Cinta Mizzonie...
Hari ini, Mizzonie ada terpandang artikel mengenai haid....so Mizzonie pun nak share la ngan semua...Ini penting untuk kaum wanita...untuk pengetahuan....
Ada banyak sebab menjadikan masalah haid berlebihan. Antaranya ialah...

# Gangguan hormon yang menyebabkan pendarahan rahim

# Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukan kanser dari selaput rahim atau serviks)

# Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)

# Kekurangan atau kelebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid

# fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)


Semoga menjadi panduan bersama...

Segalanya Abadi Disini...

Friday, December 16, 2011

10 Amalan Mudah Untuk Hidup Cara Sihat

Salam Cinta Mizzonie...
Hari ni Mizzonie nk kongsi mengenai amalan cara hidup sihat...hehehe...jd doktor x bertauliah jap...hehehe...
Kau Ada??


1. Jangan  tinggalkan sarapan pagi

2. Tinggalkan kasut tinggi

3. Makan badam

4. Sebiji oren setiap hari(lebih pun boleh....)

5. Tambahkan potassium (makan pisang laaa)

6. Ketawa

7. Kuasa bunga (mandi bunga kot..hehe)

8. Katakan 'cheese'.....................

9. Jangan kosongkan perut

10. Tidur berkualiti

Agak2 leh ikut ke erk??? Mizzonie pun belum tentu lagi....hehehe...ada yg leh...ada yg makan masa nak follow....so...I follow.....hehehe....


Thursday, December 15, 2011

Pendam...

Salam Cinta Mizzonie...
Mizzonie suka lagu ni...
 

Segalanya Abadi Disini...

Wednesday, December 14, 2011

Ost Ombak Rindu

Salam Cinta Mizzonie..
Pada 4 Dis 2011 yang lalu, Mizzonie bersama-sama family Mizzonie g tgk wayang...cam2 dugaan nak tgk citer ni...g tgk tiket kat wangsawalk punya la penuh...2 hari berturut2 g tgk tiket..konon2 nak bli awal la...sekali full la pulak...last2 kami g tgk kat VIVA Home...kat Cheras sana..kemain jauh..nak tgk punya pasal...dah la pulak tu, bawa pulak anak buah 2 orang....yang sorang tu cam rasa bawa 10 orang..hehehe..si kenit chacha...
Langsung Mizzonie x dapat feel cite tu...x jadi nak nangis....dah anak buah leh kacau2 pulak...nasib la...
Yang pasti citer Ombak Rindu best sangat...x rugi tgk....

Anak buah Mizzonie yang kenit...Si Chacha...(cantik gigi adik!!!)

Anak buah kesayangan Mizzonie

Layan dulu Ost Ombak Rindu....
Best gile lagu ni...


Segalanya Abadi Disini...


Hari Rabu / Warna Biru / No. Matriks 5

Salam Cinta Mizzonie...
Dah lama x update mengenai warna...Kebetulan hari ni hari rabu, Mizzonie terus post artikel warna untuk hari ni...hehehe....
Hari rabu adalah untuk warna biru..no matriks 5..


‘Biru’ – Kesatuan/Bersatu
*Biru warna pembentukan tulang/zat
Biru adalah warna adil/saksama/pengimbang
Warna pengagihan kepada semua bahagian/bunyi – suara
Kejadian tak sempurna
Bertindak sebagai warna komunikasi
Biru adalah warna penapis di waktu subuh
Biru adalah warna bagi nilai getaran tenaga garam

Sifat Warna Biru:
Cinta kebebasan, perubahan, progresif,magnetik, muda selamanya, cerdas, ingin tahu, kemajuan dan penjualan, penyelidikan, publikasi, komunikasi, diplomasi politik.

Kelemahan berkaitan:
-tekanan perasaan
- Keresahan/tidak menentu
- Masalah perhubungan
- Tidak adil

No. matriks 5
No. matriks 5 ialah rahsia kepelbagaian, kreativiti, keanekaan corak yang berbagai ragam
No. matriks mengharmonikan perubahan semula di dalam fikiran yang bercelaru
No. matriks nombor proses membaik pulih
No. matriks nombor pengkritik, teguran-teguran membina
Aspek kekuatan ‘lima’ dapat memberi kelegaan
No. matriks 5 adalah kebolehan daya potensi yang biasanya terpendam atau tidak digunakan
Kegagalan membuat keputusan dapat diselesaikan dengan angka ‘lima’

Doa pada hari Rabu dapat menghilangkan satu titik hitam di dalam hati
Hari kemenangan bagi yang adil dan saksama
Air dalam reaksi biru pada hari Rabu menjadi penawar

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna biru


Segalanya Abadi Disini...

Monday, December 5, 2011

Rindunye.....

Salam Cinta Mizzonie...
Rindunye....dah lama x updated blog ni...dh bersawang agaknye...biasa la Mizzonie bz ckit akhir2 ni...dengan keje yg banyak....jarang2 nak bukak laptop ni...sampai berhabuk gak la beg laptop...hehehhe...
InsyaAllah...pasti aktif blk...hehhehe...


Friday, November 4, 2011

Hari Keluarga JRP

Salam Cinta Mizzonie...
Hari ini, hujan je kat KL...
Hujan Cinta Mizzonie...hehehe...cam biasa la, kena beli snow globe...hehehe...dah banyak dah...Eh, nak cite pasal hari keluarga ofis...tercite pasal hujan pulak...hehehe...
Pada 29 Okt 2011 bersamaan hari Sabtu, ofis Mizzonie mengadakan Hari Keluarga dan Sukaneka di Sungai Congkak, Selangor...Tapi...yang bestnya, Mizzonie berangkat pada hari jumaat, 28 Okt 2011...Mizzonie tido kat sana...ngan geng2 budak ofis Mizzonie...tido chalet la...


Malam 28 Okt 2011 tu, geng2 Mizzonie buat BBQ...best gak la...dah lama x makan2 cam ni...macam2 rupa ada ayam n sausage kami..jadi la...janji dapat makan...byk gile makanan malam tu...nasi goreng cina, bihun goreng, ayam, sausage, buah2an n mcm2 lg la...bertambah bulat la Mizzonie..hehhe...yang penting meriah....

Shah tu jadi mandor pulak erkkkkk

Kau ADa????

Makan time.....



Keesokan harinya, hari keluarga ofis Mizzonie...yang kelakarnya, kami x tahu pun kena berjalan kaki 2.5km dari pintu masuk nak ke tempat sukan kami,...keta x bleh masuk...kena park kat luar...so...berjalan la kaki kami ramai2...senaman pagi....hehehe...

Sempat lagi ambil gambar



PEnat berjalan....

Bila dah sampai....terus register...penat pun x habis lagi...dah kena start arobik...mmg bleh kurus la Mizzonie...hehehe...


Makan Ice cream...KAU ADA???



Mizzonie ambil bahagian...menang pulak tu...No. 1

Selepas bersukan, biasa la....kami g mandi sungai....hehehe...


Shah nak tangkap ape ntah..sengal...


Dah penat mandi, kami makan....kemas2....balik bilik n berkemas untuk balik....hehhe...
Selamat Pulang...

Segalanya Abadi Di Sini...

Thursday, November 3, 2011

Hari Selasa..Warna Ungu...No. Matrik 2

Salam Cinta Mizzonie...
Mizzonie nak sambung warna hari selasa...Hari Selasa, terdapat dua warna iaitu warna merah jambu, warna yang Mizzonie cite baru ni dan warna ungu atau violet...Tapi mempunyai no. matriks yang berbeza...

'Violet(Ungu)' - Otak/Akal. Pusat kawalan nafsu/sistem No. Matriks 2


' Ungu ' warna membuat pilihan melalui iman
* Pertimbangan waras dan matang
* Undang-undang, fitrah - hukum
* warna daya tumpuan
* warna keteraturan/keterbitan
* kawalan nafsu seks, makan dan tidur
* warna lambang rasional
* warna mewakili kecerdasan akal

Sifat Warna 'Ungu' 
Feminin, lembut, terpadu, harmonis, sensitif, respektif, seimbang, sabar, koperatif, patut dicintai, sedar hubungan dan kompromi

Kelemahan berkaitan:
- Hilang nafsu/selera makan
- Gangguan pertuturan
- Tidur kerap terjaga/terlalu mengantuk
- Sistem saraf
- Alergi persekitaran semula jadi
- Gelojoh, terburu-buru
- Terlalu berahsia
- Pemalu keterlaluan, sensitif, cepat terasa, merajuk
- Pembengis, terlalu bersikap terbuka, terlalu taksub

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna ungu

No. matriks 2 adalah simbol bagi keadaan bernisbah(berganda)
No. 2 simbol perkaitan
No. 2 simbol penyaksian/pengesahan
No. 2 adalah nombor yang berpasangan
Dalam operasi tabii 'dua' adalah hukum giliran
No. 2 adalah syarat menemukan jawapan semula jadi

Ada sambungan lagi....Mizzonie akan hurai lain kali....

Segalanya Abadi Di Sini...

Hari Selasa / Warna Merah Jambu / No. Matriks 3

Salam Cinta Mizzonie...
Mizzonie nak sambung mengenai warna seterusnya ialah warna merah jambu yang jatuh pada Hari Selasa...

'Merah Jambu' - Kasih sayang/Simpati/Belas kasihan No. Matriks 3


'Merah Jambu' warna emosi percintaan
* Rasa kecintaan itu amat mendekatkan diri kita dengan pencinta
* membawa kesan trauma, melulu, ikut nafsu dengan adanya gangguan darah
* warna kasih sayang di antara manusia dan semua makluk
* warna kemuliaan cinta


Sifat warna Merah Jambu


Ekspesi diri, pembawaan keceriaan, kreatif, antusiatik, imajinatif, inspirasional, berbakat dengan kata-kata optimis, keanak-anakan


Kelemahan berkaitan:
- Sakitsebelah kepala
- Kerap muntah dalam perjalanan 
- Kesukaran berehat
- Bayi yan kerap menangis
- Serangan virus dalam darah


Formula Rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna merah jambu


No. matriks 3 adalah nombor prinsip tiga aspek -roh, jisim dan akal
No. 3 adalah rahsia alam yang halus dengan prinsip daya, bentuk dan kesedaran
No. 3 nombor kebijaksaan dan pemikiran
No. 3 adalah lambang keturunan dan zuriat
No. 3 adalah molekul Segi tiga dalam air zam-zam


Sekian....InsyaAllah ada sambungannya......


Segalanya Abadi Di Sini...


Thursday, October 27, 2011

Everyday I Love You...

Salam Cinta Mizzonie...
Everyday I Love You...Bagi Mizzonie setiap nafas Mizzonie adalah cinta Mizzonie...


Everytime I Love You...

Segalanya Abadi Di Sini...

Hari Isnin / Warna Putih / No. Matriks 9

Salam Cinta Mizzonie..
Hari ni, Mizzonie nak sambung mengenai warna dan no matriks...Mizzonie dah jelaskan tempoh hari, mengenai warna, hari ni Mizzonie nak huraikan warna Hari Isnin iaitu warna putih...

'Putih' - Spritual/Daya Rohani...No. Matriks 9


'Putih' warna kesucian, kepercayaan, semangat
* Hari kelahiran dan kewafatan Rasulullah SAW
* Puasa Hari Isnin untuk kesihatan fikiran
* Hari amalan diperlihatkan kepada Allah SWT
* penyatuan semua warna di dalam 'putih'
* warna matlamat akhir kehidupan
* warna kekuatan sistem imun

Sifat Warna 'Putih'
Penuntasan, kesempurnaan keprihatinan, persaudaraan sedunia, pengampunan, balas jasa, daya tarikan, dramatis, serba boleh, cinta yang universal, sensitif, kemanusiaan, artistik, kepedulian, sangat intuitif, spiritual, penyembuhan, idealisme, tranformasi, filantropik.

Kelemahan berkaitan:

- Hilang semangat/letih berpanjangan
- Hilang daya kemahuan/motivasi diri
- Delusi dan halunisasi
- Kekaburan kesedaran (koma)
- Takut kegelapan
- Kelakuan ganjil dan berubah-ubah
- Hiperaktif
- Pelupa keterlaluan

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna putih

No. 9 adalah nombor tenaga, aktiviti, pejuangan, peperangan, pahlawan, pertikaian, penyatuan segala sifat-sifat kebenaran.
No. 9 melambangkan sifat kedegilan atau keutuhan
No. 9 membawa kesan mudah terlanjur, keterlanjuran cakap dan perbuatan
No. 9 nombor letupan tenaga atom, api atau tenaga berlebihan
No. 9 nombor kawalan semula
No. 9 banyak memberi tambahan kepada punca-punca tenaga

Mizzonie akan huraikan warna dan no matriks seterusnya pada sesi akan datang...harap sabar menanti...

Segalanya Abadi Di sini...

Tuesday, October 25, 2011

Warna dan Matriks Pernomboran

Salam Cinta Mizzonie...
Dah lama Mizzonie x update blog ni...biasa la...bz ckit...minggu lepas, Mizzonie g kursus...x ada masa nak update..Hari ni, Mizzonie nak cerita pasal warna dan nombor...macam2 warna dalam dunia ni...ciptaan Tuhan...
Alam Semesta melalui tanda-tanda warna mengikut ruang dan masa adalah model yang cukup sempurna. Bunga,  dedaunan, batu-batan dan tanah-tanih yang berbagai warna dapat kita terjemahkan namun masih tidak terjangkau oleh daya pemikiran biasa kita. Terang dan gelap - siang dan malam terjadi silih berganti yang sebenarnya disulami dengan turutan Warna dan Nombor Matriks yang sangat harmonis secara bersistematik.
Bagaimana pula setiap hari dalam seminggu mempunyai perkaitan Warna dan Nombor Matriks yang tersendiri?
Dalam seminggu terdapat warna dan nombor matriks masing-masing...


Hari Isnin : Warna Putih - No. Matriks 9

Hari Selasa : Warna Pink - No. Matriks 3
                        :  Warna Ungu - No. Matriks 2

Hari Rabu : Warna Biru - No. Matriks 5 

Hari Khamis : Warna Kuning - No. Matriks 7
                   : Warna Oren - No. Matriks 4

Hari Jumaat : Warna Hijau - No. Matriks 8

Hari Sabtu : Warna Merah - No. Matriks 1

Hari Ahad : Warna Hitam - No. Martiks 6

Mizzonie akan berpakaian mengikut hari warna di atas...
Maklumat lanjut mengenai warna dan no. matriks ni, Mizzonie akan cerita untuk sesi yang akan datang..hehehe..harap sabar menunggu...

Segalanya Abadi Di sini...

You're My Everthing...

Salam Cinta Mizzonie...
You're My Everthing...Favorite Song Mizzonie...



Segalanya Abadi Di sini...

Monday, October 17, 2011

Aktiviti Hujung Minggu Mizzonie...


 Salam Cinta Mizzonie...
Hari ni Mizzonie nak citer aktiviti Mizzonie hujung minggu. Setiap hari Ahad, Mizzonie akan ke
 Taman Tasik Titiwangsa..buat aktiviti riadah la..Mizzonie g tasik dalam kul 7 pagi...dalam kul 8 pagi, kat tasik ada senamrobik...hehehe..start dari kul 8 pagi hingga 10 pagi..
Mizzonie g tasik ngan Cik Noorzuraida a.k.a Nor...
Semalam Mizzonie n Nor g tasik, penat gile...berpeluh2 kami...tapi best...
Dalam tgh dok arobik, sempat lagi kami ni ambik gambar..hehe..
Panas terik pagi semalam...kul 8 pagi dah naik matahari...kepanasan kami...hehehe




Kepanasan kami...hehehee


Get ready nk arobik..

Selepas penat ber arobik hehehe...Mizzonie g cuci kereta kat area wangsa maju..sambil tunggu kereta siap, Mizzonie minum kat OLDTOWN..dekat ngn tempat cuci kereta..sebelah je..tu yang minum dulu...Mizzonie jarang minum kat OLDTOWN, Mizzonie suka minum kat BANGI KOPITIAM...dulu Mizzonie selalu g...sekarang ni....jarang....
Kira sarapan jap la....I miss Bangi Kopitiam...
Mizzonie order HOT Chocolate n Roti Bakar je 

Segalanya Abadi Di sini...