Home

Saturday, December 31, 2011

hyperhidrosis

 Salam Cinta Mizzonie...
Mizzonie nak share mengenai satu artikel...Mengingatkan Mizzonie kepada seseorang...yang sama cam Mizzonie...Mizzonie siap buat artikel ni kat dia...Semoga artikel ni ada lagi bersamanya...
Selamat membaca...




**Apa itu HIPERHIDROSIS?**

Menurut Pakar Perunding Bedah dan Pensyarah Kanan Pusat Perubatan UKM, Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail, hiperhidrosis adalah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif. Punca sebenarnya tidak diketahui. Namun ia berlaku kepada 1 – 3 % penduduk dunia tidak kira bangsa. Menurutnya, nisbah antara penghidap lelaki dan wanita adalah sama namun golongan lelaki cenderung mengalami jenis plantar (kaki) manakala wanita pula palmar (tapak tangan). Biasanya, simptom hiperhidrosis mula kelihatan ketika sejak usia antara 10 tahun hingga 20-an. Kemungkinan berlaku di kalangan ahli keluarga adalah tinggi namun ia bukan kemestian. Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit. Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai. Apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial.


Rawatan

Antiperspirant
  • Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.
  • Pemakaian perlu diulang.
  • Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan.

Suntikan

  • Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.
  • Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.
  • Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.

Pembedahan

  • Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.
  • Mengambil masa sekitar 1 jam.
  • Kesan serta merta.
  • Kejayaan hampir 100%
  • Luka pembedahan hanya sebesar 5mm-1cm.

Kesan Sampingan

Kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan hanya sekitar 1-3% sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan. Rasa sakit seperti sengal biasa berlaku di bahagian dada dan belakang. Ia berlaku lebih kurang 2 minggu dan bersifat sementara. Pesakit boleh pulang dari wad sehari selepas pembedahan dan proses penyembuhan berlaku dengan pantas. Kesan sampingan lain pula, seperti berpeluh di bahagian lain, sesak nafas dan sebagainya juga bersifat sementara. Bagi mereka yang mengalami masalah kekeringan pula boleh diatasi dengan menyapu losen atau krim. Menurut kajian sehingga kini, mencatatkan kejayaan 100% dalam VATS dan purata 50 pembedahan dilakukan setiap tahun.

Ada sambungan lagi...



Segalanya Abadi Di Sini...
                                                                                                                                                                              

Tuesday, December 27, 2011

Doaku Untukmu Sayang...




Segalanya Abadi Di Sini...

Kamu...


Aku Rindu Kamu...
Tuhan tolong aku...Tolong jaga dia...Aku sayang Kamu....
Kamu...

Hari Khamis / Warna Kuning / No. Matriks 7


Salam Cinta Mizzonie...
Untuk warna seterusnya, Mizzonie nak sambung lagi...Warna kuning adalah hari untuk hari Khamis dan no matriks 7

‘Kuning’ – Keberkatan / Kekal


‘Kuning’ adalah warna DOA dalam rahsia elektron, kesaksian, niat
- Adalah warna TENAGA-Fizikal/kesihatan
-Warna tenaga yang bergabung dalam hari Khamis untuk aktiviti seksual (oren)
-Adalah warna pembersih di bahagian perut yang menguasai solar pleksus
-Sikap buruk sangka, dengki khianat dan dendam akan menambah pendamkan ‘kuning’ yang memecah tenaga yang diperlukan untuk akal dan fikiran

Sifat warna:
Tersendiri, mistikal, filosofikal, peribadi dalam, penyendiri, pengamat, peneliti, misteri, spiritual, kearifan dari dalam, permurnian, kontemplatif

Kelemahan berkaitan:
# was-was-curiga-syak
# kekeliruan
# buruk sangka, dengki khianat, curiga dll
# suka meniru, terlalu pembersih atau pengotor
# berfikir perkara yang sama berulangkali, hilang keyakinan
# mudah cemas, mudah berkhayal dan tekanan fikiran

No. Matriks 7
No. matriks 7 adalah nombor pemerintahan, hukum pusingan/kitaran dan peredaran masa(The Law of Vibration) peredaran semula bagi perkara tabii, kejiwaan, pembalasan, revolusi dan pemusnahan.
Nombor misteri (bermistik) khasiat dan khidmat..pembangkitan tenaga pada elemen roh..
’Tujuh’ nombor kitaran alam – 7 hari seminggu, 7 petala langit dan bumi, 7 warna pelangi

Hari khamis – baik untuk menanam pokok, penuaian hasil tumbuhan.
Puasa hari khamis untuk merehatkan perut untuk kesihatan fizikal
Hari penyerahan amalan kepada Allah SWT
Hari paling praktikal untuk bekerja keras
Hari perjalanan untuk tercapainya hajat besar untuk berjumpa seseorang
Hari menunaikan hajat

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna kuning

Monday, December 19, 2011

Pendarahan Haid yang berlebihan...

Salam Cinta Mizzonie...
Hari ini, Mizzonie ada terpandang artikel mengenai haid....so Mizzonie pun nak share la ngan semua...Ini penting untuk kaum wanita...untuk pengetahuan....
Ada banyak sebab menjadikan masalah haid berlebihan. Antaranya ialah...

# Gangguan hormon yang menyebabkan pendarahan rahim

# Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukan kanser dari selaput rahim atau serviks)

# Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)

# Kekurangan atau kelebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid

# fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)


Semoga menjadi panduan bersama...

Segalanya Abadi Disini...

Friday, December 16, 2011

10 Amalan Mudah Untuk Hidup Cara Sihat

Salam Cinta Mizzonie...
Hari ni Mizzonie nk kongsi mengenai amalan cara hidup sihat...hehehe...jd doktor x bertauliah jap...hehehe...
Kau Ada??


1. Jangan  tinggalkan sarapan pagi

2. Tinggalkan kasut tinggi

3. Makan badam

4. Sebiji oren setiap hari(lebih pun boleh....)

5. Tambahkan potassium (makan pisang laaa)

6. Ketawa

7. Kuasa bunga (mandi bunga kot..hehe)

8. Katakan 'cheese'.....................

9. Jangan kosongkan perut

10. Tidur berkualiti

Agak2 leh ikut ke erk??? Mizzonie pun belum tentu lagi....hehehe...ada yg leh...ada yg makan masa nak follow....so...I follow.....hehehe....


Thursday, December 15, 2011

Pendam...

Salam Cinta Mizzonie...
Mizzonie suka lagu ni...
 

Segalanya Abadi Disini...

Wednesday, December 14, 2011

Ost Ombak Rindu

Salam Cinta Mizzonie..
Pada 4 Dis 2011 yang lalu, Mizzonie bersama-sama family Mizzonie g tgk wayang...cam2 dugaan nak tgk citer ni...g tgk tiket kat wangsawalk punya la penuh...2 hari berturut2 g tgk tiket..konon2 nak bli awal la...sekali full la pulak...last2 kami g tgk kat VIVA Home...kat Cheras sana..kemain jauh..nak tgk punya pasal...dah la pulak tu, bawa pulak anak buah 2 orang....yang sorang tu cam rasa bawa 10 orang..hehehe..si kenit chacha...
Langsung Mizzonie x dapat feel cite tu...x jadi nak nangis....dah anak buah leh kacau2 pulak...nasib la...
Yang pasti citer Ombak Rindu best sangat...x rugi tgk....

Anak buah Mizzonie yang kenit...Si Chacha...(cantik gigi adik!!!)

Anak buah kesayangan Mizzonie

Layan dulu Ost Ombak Rindu....
Best gile lagu ni...


Segalanya Abadi Disini...


Hari Rabu / Warna Biru / No. Matriks 5

Salam Cinta Mizzonie...
Dah lama x update mengenai warna...Kebetulan hari ni hari rabu, Mizzonie terus post artikel warna untuk hari ni...hehehe....
Hari rabu adalah untuk warna biru..no matriks 5..


‘Biru’ – Kesatuan/Bersatu
*Biru warna pembentukan tulang/zat
Biru adalah warna adil/saksama/pengimbang
Warna pengagihan kepada semua bahagian/bunyi – suara
Kejadian tak sempurna
Bertindak sebagai warna komunikasi
Biru adalah warna penapis di waktu subuh
Biru adalah warna bagi nilai getaran tenaga garam

Sifat Warna Biru:
Cinta kebebasan, perubahan, progresif,magnetik, muda selamanya, cerdas, ingin tahu, kemajuan dan penjualan, penyelidikan, publikasi, komunikasi, diplomasi politik.

Kelemahan berkaitan:
-tekanan perasaan
- Keresahan/tidak menentu
- Masalah perhubungan
- Tidak adil

No. matriks 5
No. matriks 5 ialah rahsia kepelbagaian, kreativiti, keanekaan corak yang berbagai ragam
No. matriks mengharmonikan perubahan semula di dalam fikiran yang bercelaru
No. matriks nombor proses membaik pulih
No. matriks nombor pengkritik, teguran-teguran membina
Aspek kekuatan ‘lima’ dapat memberi kelegaan
No. matriks 5 adalah kebolehan daya potensi yang biasanya terpendam atau tidak digunakan
Kegagalan membuat keputusan dapat diselesaikan dengan angka ‘lima’

Doa pada hari Rabu dapat menghilangkan satu titik hitam di dalam hati
Hari kemenangan bagi yang adil dan saksama
Air dalam reaksi biru pada hari Rabu menjadi penawar

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna biru


Segalanya Abadi Disini...

Monday, December 5, 2011

Rindunye.....

Salam Cinta Mizzonie...
Rindunye....dah lama x updated blog ni...dh bersawang agaknye...biasa la Mizzonie bz ckit akhir2 ni...dengan keje yg banyak....jarang2 nak bukak laptop ni...sampai berhabuk gak la beg laptop...hehehhe...
InsyaAllah...pasti aktif blk...hehhehe...