Home

Monday, January 30, 2012

Merentas Desa Part 1

Salam Cinta Mizzonie...
Pada hari Sabtu yang lalu, 28 Jan 2012 bertempat di Kalumpang Resort, ofis Mizzonie mengadakan Hari Merentas Desa. Gambar ni, masa kami tiba di Kalumpang.




               

Ada sambungan lagi...

Friday, January 27, 2012

waktu-waktu dianjurkan berdoa

Selamat Pagi Cinta
Selamat Hari Jumaat
Pagi ini nak berkongsi mengenai waktu-waktu yang dianjurkan untuk berdoa. Mudahan-mudahan doa kita diterima Allah SWT, InsyaAllah dengan izinNya.


Berzikir dan berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tetapi terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri, antaranya ialah:

- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat subuh.
- Tiap-tiap kali selepas solat fardhu lima waktu.
- Antara solat Zuhur dan Asar dan Maghrib.
- Di antara azan dan iqamat dan selepasnya.
- Ketika bangun tidur.
- Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
- Di antara takbir-takbir solat hari raya.
- Dalam khutbah Jumaat dan hari raya dan dalam khutbah nikah.
- Ketika menziarahi Makam Rasulullah SAW di Masjid Madinah.
- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
- Ketika membaca qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
- Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
- Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan resah gelisah.
- Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.
- Ketika hujan turun.
- Ketika hujan memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
- Sepanjang malam, terutamanya sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.


Segalanya Abadi Di Sini...

Wednesday, January 25, 2012

ku mohon


Hikmah





Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah. Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada cerita di sebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Esa.




Segalanya Abadi Di Sini...

Saturday, January 21, 2012

Hari Sabtu / Warna Merah / No. Matriks 1

Warna seterusnya ialah untuk hari sabtu, warna merah dan no matriks 1..

Merah – Warna Bumi/Tanah/Segumpal Darah (bersatu dengan air)


Manusia itu berasal kejadiannya ‘merah’, bahawa kejadian bermula daripada segumpal darah
‘Merah’ seimbang dengan hari Sabtu – sesuai untuk pembinaan tulang, otot dan saraf
‘Merah’ adalah warna keberanian dan boleh bertukar secara tiba-tiba menjadi bentuk ketakutan yang luar biasa
‘Merah’ kelihatan bertentangan dengan warna-warna lain/warna kontras
‘Merah’ cukup mendesak kita untuk memberi perhatian kepadanya

Sifat warna:
Individual, kepentingan diri, berdikari, kepemimpinan, jiwa perintis, keteguhan, kreatif berfikir, inovatif, keberanian, daya tarikan mempengaruhi, rasa takut gagal..

Kelemahan berkaitan:
Hilang kecekapan (lambat/lembab), hilang ketabahan, rasa terdesak, tidak berdaya tahan, ketakutan yang keterlaluan, keberanian melulu (amuk)

No. Matriks 1
‘Satu’ sifat yang datang daripada alam kekosongan
‘Satu’ ialah simbol bagi pusat lingkaran alam dengan satu titik di tengah-tengahnya
‘Satu’ adalah permulaan yang dihitung menjadi jumlahnya 9 iaitu telah tercipta
‘Satu’ asas bagi semua nombor atau asas bagi keseluruhan jiwa
‘Satu’ nombor kedayaan, kekuatan, keberanian dan kekuasaan

Hari Sabtu
‘Sabtu’ hari yang sangat diagung-agungkan oleh kaum Yahudi
‘Sabtu’ ertinya istirehat, bersuka ria, keraian
Dinasihatkan tidak berurusan dengan urusan kedunian pada hari itu
Hari perselisihan
Jangan membuat perjanjian, berwasiat atau memegang janji pada hari Sabtu..


Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna merah


 Segalanya Abadi Di Sini...

Friday, January 20, 2012

Sembang Warna PArt 4 (versi warna hijau)

Selamat Pagi Cinta
Suasana Pagi yang sangat indah. Cuaca yang agak redup juga, macam nak hujan tapi tak tahu la. Hari ini nak cerita pasal hari Jumaat yang ada kaitan dengan warna hijau. Selamat membaca.

Hari Jumaat sebenarnya amat relatif dengan warna hijau. Samaada kita berpakaian hijau atau sekadar melihat dan menghayati, kita telah meningkatkan potensi tenaga hijau di dalam tubuh malah memberi keseimbangan kepada diri agar bersatu dengan alam sepanjang hari kita lalui.

Oleh kerana warna bergetar menurut nilai ukurannya yang tersendiri, maka warna hijau bergetar pada tahap maksima pada hari jumaat. Adalah didapati bahawa paru-paru dan jantung yang juga bergetar dengan nilai ukuran yang sama dengan warna hijau, maka pada hari Jumaat, pernafasan dan aktiviti jangtung menjadi lebih stabil dan seimbang.

Dengan memakai pakaian hijau pada hari jumaat, ia akan memberi kesan keseimbangan kepada kulit, selain meningkatkan tahap tenaga warna biru (dalam bentuk glukos) dan merah (oksigen di dalam darah)

Cahaya matahari pada hari Jumaat , memberi perbezaan spektrum di mana warna hijau didapati lebih mendominasi/menguasai. Ini dapat dikaji melalui tumbuh-tumbuhan, seperti fungsi bukaan-bukaan (liang stoma) pada dedaun dan batang kaktus yang lebih banyak pada hari Jumaat. Klorofil dan gerakan air pada batang dan daun juga semakin aktif manakala spektrum cahaya pelangi lebih jelas mendominasikan warna hijau.


Hari pertemuan – pertembungan serentak air, karbon dioksida, oksigen dan nitrogen dalam tumbuhan (pada waktu puncak – Solat Jumaat)

Memakai pakaian hijau seumpama dinaungi dedaun yang kehijauan

Gabungan tenaga di antara manusia dalam rahsia fotosintesis tumbuhan

Rahsia keserentakan ketika berdoa

Kejiwaan yang syahdu


Thursday, January 19, 2012

Jiwa


Semoga kebahagiaan menjelma
Semoga jiwa kita terubat dengan harapan
Maka janganlah menyerah
Sebab jika kau menyerah, kecemasan akan menyergap jiwa
Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan adalah orang yang memiliki harapan

Sesungguhnya,
Setelah berlalunya berbagai kesulitan,
tentu hari-hari berikutnya
akan ada kebaikan yang banyak

Untuk apa ku penuhi jiwaku
dengan sesuatu yang mengerikan
Jika peristiwa itu belum terjadi
Kalau pun peristiwa itu terjadi
Pasti dia tidak akan menyedihkanku...


Segalanya Abadi Di Sini...

Wednesday, January 18, 2012

akhirnya

Akhirnya hujan juga setelah sekian lama hujan tidak membasahi bumi.
Alhamdulillah



Hujan Cinta Kita
Segalanya Abadi Di Sini...

Tuesday, January 17, 2012

Kenangan Bersama

Kenangan bersama Kak Min buat kali terakhir, sehari sebelum Kak Min posting ke Lumut.
Sedih sangat waktu tu. Selamat berada di tempat baru buat Kak Min. 











Belajar bahasa korea

좋은 아침 사랑(joh-eun achim salang) - Selamat Pagi Cinta
Pada Disember 2011, Cousin Mizzonie ke Korea bercuti katanya. Mizzonie dapat souvenir dari dia, dia bagi mafla warna hitam kat Mizzonie. Mafla ni yang orang suka lilit kat leher masa musim sejuk tu.



Mizzonie suka kumpul tapi jarang pakai, ada satu mafla Mizzonie dapat dari saudara ke China mafla kotak-kotak warna coklat cair, tapi Mizzonie dah beri pada seseorang. Cerita pasal mafla pulak, orang nak cerita pasal bahasa korea. Korea ni adalah negara yang Mizzonie idam2kan sangat nak pergi, jika ada rezeki. Suka tengok movie korea, cam berhantu kalau dah hadap..hehe. Sebelum pergi korea kena la belajar bahasa dorang cikit2 kan?hehehe
Antara-antara bahasa korea umum:



환영 (hwan-yeong) - Selamat Datang
감사합니다(gamsahabnida) - Terima Kasih
어떻게 지내?(eotteohge jinae?) - Apa khabar?
전 괜찮아요(jeon gwaenchanh-ayo) - Khabar baik.


난 널 사랑해 (nan neol salanghae)- Aku Cinta Padamu
당신을 사랑(dangsin eul salang) - Aku Rindu Padamu
난 널 사랑해(nan neol salanghae) - Aku Sayang Padamu




모든 여기 영원 (modeun yeogi yeong-won) - Segalanya Abadi Di Sini...

Monday, January 16, 2012

Sembang Warna Part 3 (Versi Warna Hitam)

Selamat Tengahari Cinta
Hari ini nak sambung lagi mengenai warna, versi warna hitam.
Hitam atau gelap mempengaruhi bayi pada alam rahim yang dikandung oleh si ibu. Bayi menyatu dengan alam ibu. Apa saja pengalaman hidup si ibu melalui pemikirannya akan sangat mempengaruhi si bayi sehinggalah perpisahan di saat mulai kelahiran. Hubungan langsung si ibu dan anak terputus.


'Sempadan hitam yang menjadi sempadan cahaya paling negatif adalah di antara waktu subuh dan sebelum terbit fajar'

Saturday, January 14, 2012

Santai Di Kolam Air Panas Selayang

Pada 5 Jan 2012, Mizzonie dan rakan-rakan bersantai di Kolam Air Panas, Selayang. Asalnya kami g makan je malam tu, makan kat Wangsa Melawati. Selepas makan, tak tahu nak kemana, fikir punya fikir Mizzonie teringat nak bawa dorang ke kolam air panas la. Lama x g sana, ada kenangan terindah kat sana. Malam tu ramai gak orang, ada perubahan cikit kat tempat tu, dah selesa cikit. Dulu ada orang buat sewa baldi atau besen untuk rendam kaki atau mandi, sekarang dah tak ada. Kena bawa sendiri dari rumah, kami tak bawa apa-apa pun, cuma rendam kaki kat kolam yang tak berapa panas. Lagi pun, dorang ni x tahu pun ada kolam air panas kat area2 sini, so bawa je la dah tak tahu nak bawa kemana. Biasa la dorang ni, dah sampai sana buat cam tempat sendiri. Yang penting dorang happy, Mizzonie pun tumpang happy...
 




Segalanya Abadi Di Sini...

Friday, January 13, 2012

Hari Jumaat / Warna Hijau / No. Matriks 8

Selamat Pagi Cinta...Selamat Hari Jumaat...
Kebetulan warna seterusnya ialah warna untuk hari Jumaat..Warna hijau...No. matriks 8 ialah untuk warna hijau dan untuk hari jumaat...

Hijau – Kejiwaan/Pertemuan/Ragam

  

‘Hijau’ adalah warna pertemuan dalam perkahwinan, Jiwa – Kepuasan/Kebebasan/Kegembiraan
‘Hijau’ warna kemarahan dan kedukacitaan
‘Hijau’ adalah warna pengimbang dalam mana-mana warna yang telah mengalami kepincangan frekuensi
‘Hijau’ adalah warna kehidupan sebahagian besar tumbuh-tumbuhan
‘Hijau’ adalah warna yang benar-benar menguji kesabaran
‘Hijau’ adalah warna yang menggariskan satu panduan hidup yang meniti jalan tengah dengan mencari kesederhanaan
‘Hijau’ adalah warna yang menguasai bahagian jantung dan paru-paru yang amat sensitif kepada kata-kata yang tidak dikawal
‘Hijau’ lebih banyak menguasai kedamaian perasaan di waktu awal pagi dan ia semakin membangkitkan perasaan yang lebih positif sehingga menjelang tengah hari

Sifat warna:
Kekuasaan, penyatuan, organisasi, pengakuan, keberhasilan, pengelola, kewangan, keahlian, pengembangan, kelimpahan, manifestasi,kerjasama.

Kelemahan berkaitan:
Dukacita yang mendalam, kemarahan meluap, kesunyian(menyendiri), kehampaan, mudah kecil hati, rasa terkongkong, hilang nikmat kehidupan, cemburu, kebosanan, tabiat kebudak-budakkan

No. matriks 8
‘Lapan’ adalah nombor siap sedia atau persiapan yang rapi, kemas dan lengkap menuju kematian atau penyudahan
‘Lapan’ memenuhi segala ruang dan masa dalam tempoh atau jarak usia tepat
‘Lapan’ meningkatkan rasa kesedaran
‘Lapan’ nombor Bio energi pernafasan yang paling tinggi membuka lipatan ikatan pada sebarang hambatan-hambatan halangan

Hari Jumaat
·         Adalah hari paling mulia/sebaik-baik hari
·         Hari ‘jumaat’ dinaungi dengan pengaruh kekuatan alam bioenergi (energi hidup) pada warna hijau
·         Hari kelimpahan berkat, rahmat dan nikmat
·         Hari paling mustajab untuk berdoa
·         Berpakaian hijau pada hari ‘Jumaat’
·         Zikir hari – penawar untuk ketegangan perasaan


Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna hijau

Thursday, January 12, 2012

Sambutan Hari Lahir Januari hingga Disember 2011

Pada tahun 2011 bulan Disember tahun lepas, ofis kami mengadakan sambutan Hari Lahir untuk setahun..untuk warga ofis kami je, dari bulan Januari hingga Disember 2011.
Sel Navy dan Sel KLR, Jabatan Arah Rekod dan Pencen.

Kami buat persiapan macam sambut kat rumah, 
Walaubagaimanapun, majlis tetap meriah walau sederhana.
Terima kasih pada mereka-mereka yang menjayakan majlis ni...
Terutama sekali Mizzonie...hehehe..perasan.....






Segalanya Abadi Di Sini...

Wednesday, January 11, 2012

With My Sweetheartzzz




Mizzonie with My Sweetheartzzz (Nur Rizqeen Darwisha A.K.A Cha cha)
Kebosanan kami berdua..x ada keje..main hp...hehe...
Sayang cha cha.....mmmmuuuaaaahhhhhh...


Segalanya Abadi Di Sini...

Firework...


Bunga Api Cinta _ _ _ _  (^_^)

'Firework' atau bunga api sering diperkaitkan dengan tahun baru...bagiku, tak kira tahun baru ke, tau bila-bila ke, nampak je bunga api cam nampak emas..hehehe..suka sangat ngan bunga api...Tahun baru 2012 baru-baru ni, tak dapat tgk bunga api kerana tak sihat, duduk rumah je...cian saya...Tahun lalu pulak, berada di 3 negeri (Penang, Kedah dan Perlis) untuk 2 tahun..hehehe...Hujung Tahun 2010 dan Awal Tahun 2011...
Kenangan buatku...


Warna - Warni Bunga Api


 Manusia akan teruja bila pertunjukan bunga api diadakan, bunga api akan meletus-letus di ruangan angkasa yang luas dengan pertunjukan bunga api yang sangat cantik. Ramai yang bersemangat kerana tahun baru yang bermula akan mengubah diri menjadi lebih baik untuk memulakan hidup yang baru. Bila lagi la agaknya nak tengok bunga api erk??...




Segalanya Abadi Di Sini...

Tuesday, January 10, 2012

Minyak Wangi





My Sweet and My Memory Perfumes

Minyak wangi adalah sebuah aksesori menarik dan sangat digemari oleh semua orang baik kaum lelaki mahupun kaum wanita.


Kebiasaannya, kita semua hanya menganggap sebatian minyak wangi sebagai suatu semburan yang dipakai pada tubuh kerana aromanya yang menarik dan juga bagi mengelak bau tubuh badan yang kurang menyenangkan.

Namun tidak semua orang tahu apakah bahan dan intipati yang terkandung di dalam minyak wangi itu sendiri.

Perkataan minyak wangi atau perfume (dalam bahasa inggeris) berasal dari ungkapan Latin iaitu peri membawa maksud merebak dan fume pula bermaksud asap.

Daripada kajian dan catatan sejarah terdahulu telah pun ada menunjukkan bahawa manusia purba menggunakan pelbagai jenis haruman semerbak hasil daripada pembakaran bahan-bahan seperti resin, getah dan kulit kayu.

Semuanya dikenali sebagai incense dan seringkali dimanfaatkan dalam upacara ritual khusus yang terbentuk keagamaan.

Masyarakat kuno ini juga percaya bahawa pemberian wangian untuk dewa-dewi yang dipuja akan menjadikan nasib mereka lebih baik.

Sejarah juga telah membuktikan penggunaan minyak wangi melalui penemuan dalam makam batu Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu.

Proses pengawetan mumia yang dilakukan khas untuk golongan raja-raja, bangsawan dan orang kaya menggunakan bahan wangian seperti getah damar (bahan sari yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok untuk melindungi bahagian yang cedera selepas diserang penyakit).

Selain itu ia juga melibatkan rempah, kayu dan resin, yang kemudiannyadicampur dengan minyak dan air untuk disapu sebagai balm pada tubuh jenazah sebelum dimakamkan.

Dunia Islam di zaman para khalifah juga telah memajukan teknologi dalam industri pembuatan minyak wangi sehingga ia berkembang menjadi sangat pesat.

Ramai para cendekiawan meyakini bahawa industri ini bermula melalui seorang ahli kimia yang sangat mahsyur iaitu Jabir Ibnu Hayyan (721-815M) yang digelar sebagai Bapa Kimia Moden.

Jabir Ibnu Hayyan telah membuat penemuan mengenai teknik penghasilan minyak wangi iaitu melalui kaedah penyulingan, pengewapan dan penyaringan.

Ketiga-tiga teknik ini didapati mampu mendapatkan aroma minyak wangi daripada minyak pati tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan.

Seorang lagi tokoh Islam yang terkenal iaitu Al-Kindi juga telah menulis sebuah kitab (805-873M) bertajuk Kimiya' al-Itr yang telah mengembangkan teknik dan kaedah Jabir Ibnu Rayyan secara lebih terperinci.

Al-Kindi juga banyak menulis mengenai berjenis-jenis bahan dan campuran sebatian untuk penghasilan minyak wangi.


Segalanya Abadi Di Sini...


Sembang Warna Part 2

Sembang Warna Part 2



# Warna harian akan membuat kita lebih mesra dengan alam dan ini dapat mengelakkan rasa terpisah dengan alam. Rasa terpisah dengan alam akan mendatangkan hambatan. Rasa itulah sumber penderitaan.

# Mendisiplinkan diri dengan pakaian berwarna harian menjadikan jaringan energi hampir sama dengan sistem energi universal yang dikekelingi oleh elektron manakala diri kita sebagai inti atom.

# Warna memiliki kekuatan keseimbangan alam semesta yang besar, sedangkan tekanan dan kekerasan merupakan penyimpangan yang memperdayakan manusia yang lemah akalnya. Umpamanya, apabila manusia yang rakus dan berkepentingan diri cuba untuk memecahkan atom secara tidak alamiah, akibatnya atom dengan mudah meletup dan menghancurkan kita. Ketika warna-warni tiada lagi menghiasi ilusi yang penuh dengan penciptaan yang sangat indah, cantik lagi menawan.


Segalanya Abadi Di Sini...

Sembang Warna Part 1

Sambungan warna-warna yang sebelum ni...Sembang Warna, untuk panduan dan rujukan...


# Warna harian akan mencipta pengalaman untuk diri manusia

# Warna harian membuatkan diri kita menjadi lebih berkeyakinan dan aktif

# Warna adalah bio energi yang mempunyai getaran dan frekuensi tertentu. Warna harian dapat mempengaruhi fikiran yang lebih murni dan ini menjadikan kehidupan lebih aktif

# Fikiran mampu merencanakan kehidupan, mempersiapkan diri ketika masa sulit dan di dalam memanfaatkan masa yang mendatang agar lebih bernasib baik...


Segalanya Abadi Di Sini...

Saturday, January 7, 2012

Maafkan Diriku...


Cara untuk memaafkan
Tidak rugi untuk anda memaafkan seseorang itu kerana cara ini banyak memberi manfaat kesihatan pada diri. Bukan sahaja meningkatkan imunisasi, menurunkan tekanan darah, meningkatkan harga diri malah memberi ketenangan fikiran...

TERIMA KEADAAN  - apa yang berlaku dan berlaku pada masa lalu tidak akan datang atau diubah lagi. Jadi, terimalah keadaan ini kerana tidak ada seorang pun yang sempurna..

LEPASKAN @ TULISKAN – memaafkan bukan bererti melupakan apa yang terjadi. Ini kerana anda tidak lagi beremosi sebelum ini atau anda boleh tuliskan kesemua keluhan dalam sehelai kertas. Menulis dapat membantu melegakan dan menenangkan fikiran.

HAKIMI DIRI SENDIRI – Jika anda merasakan telah mengecewakan seseorang, tidak salah untuk anda berjumpa dan memohon maaf. Walaupun ia bukanlah masalah yang besar tetapi ia mungkin melukakan hatinya. Sekurang-kurangnya meminta maaf dapat membebaskan diri daripada kecelaruan fikiran..

ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA – Setiap yang berlaku ada baik buruknya. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..


Memohon maaf tidak bererti anda kalah, tetapi sebenarnya anda telah menang dalam ujian kesabaran, bebas daripada masalah dan kesihatan lebih baik...

Segala kesilapan yang ku lakukan padamu, ku memohon ampun dan maaf...
Ku manusia biasa...



Segalanya Abadi Di Sini...

Di atas Satu Cinta...



Segalanya Abadi Di Sini...

Friday, January 6, 2012

Kelebihan Solat Jumaat


 Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Thursday, January 5, 2012

Hari Khamis / Warna Oren / No. Matriks 4

Warna untuk hari Khamis juga warna Oren.
 No matriks juga berbeza iaitu No. Matriks 4

‘Oren’ – Nafsu/Keberahian


  
‘Oren’ warna tenteram, damai, tenang
‘Oren’ sebagai warna merangsang nafsu seksual
‘Oren’ warna mempengaruhi seksual – keturunan/zuriat
‘Oren’ warna kesabaran/ketabahan
‘Oren’ warna keceriaan (kanak-kanak)

Sifat warna:
Perencana , mantap, stabil, tradisional, praktis, kerja keras dan keteraturan. Konvensional, hati-hati, patriotik, terhormat, pembangun, pembentuk atau pengelola bentuk, jaminan.

Kelemahan berkaitan:
# resah gelisah
# tidak sabar mengawal nafsu
# tidak sabar
# murung
# sensitif
# cemburu
# lambat matang
# meroyan

No. Matriks 4
No. matriks 4 adalah nombor kemantapan dan kekuasaan hukum logik akal yang nampak.
Disimbolkan oleh Matahari, adalah nombor luaran, nombor negatif bagi matahari. Mewakili rupabentuk yang sempurna, lambang pemikiran dan penglihatan.  ‘Empat’ kebolehan mengerti dengan penglihatan, kebolehan mengukur dari segi perhubungan di antara benda-benda.

 Hari khamis – baik untuk menanam pokok, penuaian hasil tumbuhan.
Puasa hari khamis untuk merehatkan perut untuk kesihatan fizikal
Hari penyerahan amalan kepada Allah SWT
Hari paling praktikal untuk bekerja keras
Hari perjalanan untuk tercapainya hajat besar untuk berjumpa seseorang
Hari menunaikan hajat

Formula rawatan: Tenaga bunga-bungaan warna oren